CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Meraung Ibu Lompat Dari Tingkat 12 Ketika Dikurung Dalam Rumah Kerana Covid-19

8-11-2022 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1847| Komen: 4

Seorang wanita mengalami tekanan mental selepas dikurung dalam pangsapuri miliknya tanpa dibenarkan keluar walau sehari.

Prosedur zalim untuk mengekang penularan wabak Covid-19 di Honhot, Mongolia itu dipercayai bermula sejak September lalu selepas kes varian Omicron dikesan.


The Sun

Pada November 4, wanita itu yang dikenali sebagai Mrs Wang melompat keluar dari tingkap bilik tidurnya untuk membunuh diri, lapor The Sun.

Anaknya ada memberitahu kepada pengurus pangsapuri tentang keadaan ibunya yang mengalami gangguan mental dan memerlukan bantuan tetapi tidak dihiraukan.


Mrs Wang dikatakan telah melalui serangan gangguan kebimbangan (anxiety attack) sejak 2019 dan telah diberikan ubatan penenang.

Sebaik sahaja kejadian itu berlaku, kedengaran si anak meraung dan merayu kepada pihak berkuasa tempatan daripada sebalik pintu untuk membenarkannya keluar.

"Buka pintu ini, buka pintu ini! Saya merayu, tolong," kedengaran rayuan si anak melalui satu audio yang tular di wilayah berkenaan.


The Sun

Selepas dibenarkan keluar, dia terus bergegas ke jasad ibunya yang terbaring kaku di atas jalan.

Kejadian itu mengundang kemarahan warga maya di sana yang mempersoalkan mengapa penduduk boleh dikurung seperti itu, pelanggaran hak asasi manusia. 


Sumber: mStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Triple_8 8-11-2022 12:17 PM
Raykat Malaysia sekalian!!! Bersediakah anda untuk dipayongi oleh komunis laknatullah macam ini?
Quote Simunggu 8-11-2022 12:33 PM
komunis punya style lain sudah tidak relevant dgn dunia zaman sekarang...tapi heran masih ada org suka style tu dlm mentadbir sebuah syarikat atau jabatan..
Quote becir 8-11-2022 01:48 PM
Well since I started working reporting to China office mmg not surprised bila dengar benda camni. Diaorg tu semua robot. Takde perasaan takde empathy
Quote Belibis 8-11-2022 08:06 PM
Triple_8: Raykat Malaysia sekalian!!! Be ...

Ok apaaaa..e wallet 30 ringgek..[em:3:]

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.029774 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top