CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dengan Nabil, Semua Saya Rasa Lucu - Jaclyn Tak Kisah Dibahan Kerana ‘Punggung’ Kim Kardashian

8-11-2022 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2337| Komen: 18

Seperti ada yang tidak kena dengan busananya, penampilan Jaclyn Victor di minggu kelapan Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) menjadi perdebatan hangat dalam kalangan netizen.


Pakaian tersebut kelihatan pelik memandangkan ia mempunyai bonjolan di bahagian belakang busana berwarna ungu itu.



Tidak hanya itu, ketika berada di pentas, gaya Jaclyn turut menjadi bahan jenaka pengacara Nabil Ahmad yang mengundang hilai tawa dalam kalangan penonton di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Mengulas mengenai perkara itu, Jaclyn memberitahu pakaian yang dipakai berinspirasikan gaya elegant victorian namun mengakui bahagian belakang gaun labuh itu pelik pada bahagian belakangnya.


Bagaimanapun, dia tidak kisah pakaiannya itu menjadi bahan usikan Nabil memandangkan dia sendiri merasakan ia menghiburkan.


Media Hiburan

"Pereka fesyen sebenarnya nak buat sesuatu yang elegant ala-ala Victorian punya stail dulu-dulu. Tapi tak tahulah, mungkin daripada bahagian belakang ia nampak lain macam.

"Tapi saya okay, bukan niat nak melawak tapi bila dengan Nabil saya rasa ia agak kelakar," katanya kepada mStar.

Pun begitu, penampilan Jaclyn mendapat kritikan hebat netizen yang kurang senang dengan bahagian belakang baju tersebut meskipun mendapat pujian tentang persembahan memukau ketika menyampaikan lagu Lelaki Ini nyanyian asal Anuar Zain.


Media Hiburan

Untuk rekod, Jaclyn sekali berada berada di kedudukan pertama dengan markah 85 peratus daripada juri profesional.


Sumber: mStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 8-11-2022 12:08 PM


kalau ada topi beriben, bulu2 pelepah ke, plus payung kemetot, dah ok fashion ni
Quote HoneyManjer 8-11-2022 12:24 PM
abnormal become normal...
lama2 semua benda takde apa...
ok saja asalkan benda lawak...
elok la tu...
cuba la jaga skek title haji tuh...adehhhhh
Quote lee_sakura 8-11-2022 01:46 PM
aku ingatkan fesyen kerengga rupanya victorian
Quote hashashes 8-11-2022 02:07 PM
Pesen victorian dedolu tu bukan kembung depan belakang ke? Ni kat depan flat gila tang belakang je kembung tu nampak pelik
Quote Sesuatu… 8-11-2022 08:09 PM
Material dia mcm tak seswai buat style victorian mcm yg ditepek kt atas ni
Quote annadonna 8-11-2022 08:17 PM
Simple kalau org jenis tak sensitif. Tak payah kisah pun sebenarnya lawak tak lawak. Hidup jalan terus. Nabil tu tak makan saman.
Quote Mizlyn 8-11-2022 08:21 PM
Victoria style xde lak nampak mcm bontot mcm jac tu.. Mmg pelik betholl .. Baju dh lawa belakang tu spoil..
Quote imanjannah 8-11-2022 09:09 PM
Jac ni attitude nya bagus, mudah terhibur juga dia ni, hari tu sheols ketawa tgok kak Lina, ni Nabil pulak..
Quote Kakak_cun 8-11-2022 09:54 PM
Bunda siap tanya asli ke tuu
Quote sleepandream 8-11-2022 10:32 PM
victorian tu ala2 mcm citer bridgerton tu ke...
kalau gitu kain satu warna mana nak nampak bonjol belakang tu
Quote sideqsegaraga 9-11-2022 10:12 AM
Biasa la acik-acik netizen, orang yang kena bahan rilek-rilek jer. Diorang pulak yang panas butt.

Apooooo....!!!
Quote missbigrockstar 9-11-2022 12:48 PM
Ok je design gown dia. Mcm kakak tiri cinderella
Quote Incanto 9-11-2022 01:01 PM
suka lah Jac

relaks dan profesyenel,  takde nak perbesarkan benda camni

masa KLPP menari sampai dia tergelak pun takde hal
Quote ekselen 9-11-2022 01:08 PM
Tp mmg buruk pun stail dress dia yg kt blkg tu.... Bkn semua baju boleh nk buat design mcm tu... Yg fashion designer pun apo la design ko nk buat sbnrnya... Haukkkkkk
Quote Lavender_Violet 9-11-2022 01:08 PM
Aku rasa contestant dah sepatutnya tau dan faham karakter pengacara tu mcm mana
So no issue kalau dijadikan bahan atau usikan asal tak melampaui batas
Netizen nak apa sbnrnya? Nanti kalau Nabil sejuk beku komplen jugak bosan boring program tu
Contestant rilek2 je netizen pulak lebih2
Entah...aku rasa biasa je lawak Nabil pasal baju Jacq tu x keterlaluan pun
Bunda pun boleh accept lawak2 gitu sampai boleh tambah 'ori' ke tu
Quote belacan_gurl 9-11-2022 01:17 PM
imanjannah replied at 8-11-2022 09:09 PM
Jac ni attitude nya bagus, mudah terhibur juga dia ni, hari tu sheols ketawa tgok kak Lina, ni Nabil ...

Kannn..nmpk muka jenis serius yg tak reti nak bergurau..tapi I suka bila dia gelak je..xde tarik muka ke apa bila kena bahan.. kira ok ar
Quote Anamia 9-11-2022 01:19 PM
Sis pun takde la peminat nabil. Tp bg sis sebagai penonton ok je kot lawak2. Dah tau konsep nabil mmg gitu dari dulu. Apa yg nak bitter sgt. Lebih dr tu pun pernah kluar dr mulut nabil. Enjoy je lah show tu. Kalau takleh hadam konsep nabil dgn kaklina tu takyah ngadap gv malam ahad. Layan channel lain kan mudah. Dah mmg sejak azali nabil mcm tu. Setahun 1 season je nok. Bukan dari awal tahun sampai hujung tahun program ni
Quote TabletSusu 9-11-2022 01:40 PM
aku tgk gambar dia ni.. teruk aku terigtkan citer cinderella yg kartun disney tu. kakak2 tiri cinderella pakai baju gaya gitu lah nak pi parti kat istana

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.097463 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top