CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Soket Terjatuh Dalam Tangki, 26 Ekor Ikan Emas Mati Sekaligus Direnjat Elektrik

8-11-2022 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2107| Komen: 24

BEIJING, China –  Seorang lelaki di China sedih apabila mendapati semua 26 ekor ikan emas peliharaannya mati dalam satu kejadian aneh, lapor akhbar Daily Star.


Lelaki itu mendapati sebuah soket elektrik yang rosak jatuh ke dalam tangki ikan dan mencetuskan renjatan elektrik, mengakibatkan semua ikan kesayangannya mati.

Kejadian itu berlaku di rumah pemilik ikan itu yang mahu dikenali sebagai Chen, di bandar Guangzhou dalam wilayah Guangdong.

Chen berkongsi dua rakaman mengenai ikan emas kesayangannya di platform penstriman tempatan, Douyin yang memaparkan situasi sebelum dan selepas kejadian itu.


Foto: Newsflash


Video pertama memaparkan ikan-ikan emas yang cantik dan berwarna-warni berenang di dalam tangki, manakala video seterusnya memperlihatkan situasi di mana Chen kehilangan ikan-ikannya.

Kesemua ikan emas itu terapung dan berada dalam keadaan tidak bermaya di permukaan air. Chen menyedari ikan-ikannya ‘direbus’ hidup-hidup ketika mencabut soket elektrik itu.

Dia cuba meletakkan tangan ke dalam tangki itu dan menyedari air di dalamnya sangat panas.

Walaupun sedih, Chen yang merupakan seorang pencinta hidupan akautik, berharap semua orang dapat mengambil iktibar daripada kejadian itu dan memberi perhatian kepada aspek keselamatan ketika menggunakan peralatan elektrik.

Ramai pengguna di media sosial sedih dan terkejut melihat insiden itu dan membanjiri ruang komen dengan mesej sokongan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 8-11-2022 11:52 AM
sayangnya..26 ekor tu. dah gemok bocit gitu. aku dari 5 ekor tgal 2 ekor je skrg. susah jaga ikan mas ni. telebih bagi makan pun bole mati.
Quote kakikuDibibirmu 8-11-2022 11:54 AM
mere yanna tangki satti kurayya marpudel kilometer kalalla
Quote alieyrina 8-11-2022 12:50 PM
Kesiannya dahla ikan comei2
Quote Simunggu 8-11-2022 12:53 PM
jadi sushi sudah ni
Quote sharlenetexas 8-11-2022 12:56 PM
Tangki besar mana tu? Nmpk mcm kecik je.


Quote Thunderclouds 8-11-2022 01:08 PM
Bapak iols suka bela ikan ni jaman dulu. Tp kami dok felda jaman dulu rajin xdak letrik & LLN lambat bekki xmcm lani. Know know kembung timbul da seko2 ikan tuh
Quote CiliPadiSedap 8-11-2022 01:19 PM
beli socket water proof je. ip68 punya. lagi satu wajib ada cop sirim
Quote sabundettol 8-11-2022 08:17 PM
Alahai kesiannya
Quote airfilterkotor 8-11-2022 08:41 PM
Dia rasa kejadian itu aneh sebab soket jatuh dlm kolam.


Quote airfilterkotor 8-11-2022 08:43 PM
Kedua, ikan ko mati berjemaah sebab soket terendam/jatuh dlm kolam.
Jadi isu semasa.

Quote rosedemon 9-11-2022 07:22 AM
mati dalam iman ke ni
Quote ally9970 9-11-2022 09:04 AM
Mcm ni pun jadi berita??...
Quote mizruncing 9-11-2022 09:14 AM
uishhh siann
Quote ctaz 9-11-2022 09:23 AM
goreng la lepas tu...
buat fillet...bukan org tau ikan mas pon....
hahahaha
Quote supernaturalee 9-11-2022 09:56 AM

sup ikan lah




tp sian la kat ikan2 tu
acaner la blh terjatuh soket tu
x memasal
mahal jgk kan ikan mas ni
Quote tompie 9-11-2022 10:21 AM
Ikan mati bukan sebab kena karen, tapi sebab panas, kena rebus hidup2.
Quote mdhelmi 9-11-2022 12:30 PM
patut cuba buat cpr
manatau bole hidup balik
Quote raxief 9-11-2022 12:48 PM
rospinki replied at 8-11-2022 11:52 AM
sayangnya..26 ekor tu. dah gemok bocit gitu. aku dari 5 ekor tgal 2 ekor je skrg. susah jaga ikan ma ...

anak2 asyik merentan je nk bela ikan & kekura. aku malas nk layankan. kucing gemok ada 2 ekor cukuplah.
Quote Simunggu 9-11-2022 01:54 PM

ikan boleh beli jangan nyawa manusia...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.041880 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top