CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nurul Hidayah Zahid Hamidi Rancak Berkempen Sambil Menyanyi Hiburkan Pengundi, "Saya Ada Single Tau"

8-11-2022 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4780| Komen: 49

'Sempoi'! Tangan kanan pegang payung, sebelah lagi pegang pembesar suara (speaker) dan mikrofon, anak kepada calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat rancak menyanyi di pasar pagi.


Begitulah salah satu cara Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), malah dia turut dilihat menyanyi menghiburkan hadirin dalam satu lagi majlis berasingan.

"Kenapa kena berceramah kalau mampu menghiburkan?" begitulah keterangan video yang dimuat naik Nurulhidayah di laman sosial.

Bercakap kepada mStar, Nurulhidayah berkata, apa yang dilakukan bukanlah luar biasa kerana menyanyi merupakan hobinya selain pendekatan tersebut dirasakan lebih santai dan menghiburkan.

Foto: IG


"Saya memang menyanyi sejak 2004, malah memiliki single berjudul 'Dari Kejauhan' ciptaan Yassin Sulaiman. Orang je tak tahu sebab dulu tak ada media sosial.

"Saya beli speaker kat pasar pagi je, harga RM150. Saya beli di kedai uncle India semasa walkabout. Tak dirancang, semuanya berlaku secara spontan.

"Ini bukan konsert. Bukan ada pentas pun dengan sound system mewah. Ia sekadar program santai sahaja," katanya ketika dihubungi.

Mengenai strategi berkempen bagi mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Bagan Datuk, Nurulhidayah berkata dia akan melakukannya secara santai dan sihat.



"Tiada unsur-unsur hasutan dan kebencian. Itu lebih baik dari mengata dan menghina sesama manusia.

"Tiada ketetapan strategi tertentu kerana Bagan Datuk merupakan kampung saya selama umur saya 44 tahun. Kempen santai-santai sahaja.

"Kebanyakan pengundi pun memang sudah kenal saya anak kepada calon P075. Saya tidak fokus kepada mana-mana kumpulan tertentu," ujar anak sulung Presiden Umno itu.

Dilihat lebih menyerlah semasa berkempen, Nurulhidayah berkata, dia tidak berniat untuk menarik perhatian mana-mana pihak kerana semua yang berlaku adalah secara santai.



"Memang sejak dulu setiap kali berkempen, saya akan menghiburkan pengundi dengan 'menyumbangkan' suara saya sendiri," katanya yang pernah berduet bersama Datuk Nash ketika kempen PRU14 pada 2018.

Mengulas lanjut, Nurulhidayah berkata, semasa berkempen dia memilih untuk menggunakan pendekatan yang lebih bersahaja dan tidak memberikan tekanan.

"Bagi saya kalau beria pun, kalah menang itu menjadi ketetapan Allah, bukan ketetapan kita. Kita berusaha secara sihat dan serahkan kepada Dia," katanya.

Ditanya sama ada musim berkempen kali ini bakal menyaksikan duet bersama Ahmad Zahid, Nurulhidayah berkata, perkara itu tidak akan berlaku kerana bapanya lebih berbakat dalam bidang pengucapan awam.

"Saya tidak mewarisi daripada sesiapa dan saya percaya ia adalah hidden talent (bakat terpendam).

"Tiada lagu atau pilihan tertentu akan dinyanyikan dan saya tiada penyanyi kesukaan pun kerana saya suka melayan semua jenis genre lagu terutama rock, sesuai dengan jiwa saya.

"Saya akan menyanyi lagu-lagu santai, mana-mana yang terlintas. Kebetulan Bagan Datuk memang ada lagu sendiri yang santai dan catchy. Ulang-ulang lagu tu je la," katanya yang merujuk kepada lagu Bagan Datuk ciptaan Altimet dan dendangan Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau.

Mengenai PRU15, Nurulhidayah turut meletakkan harapan agar pengundi lebih bijak memilih yang terbaik demi masa depan anak-anak.

"Apa yang kita pilih hari ini adalah penentu perjalanan negara lima tahun akan datang. InsyaAllah pengundi Bagan Datuk telah ada ketetapan mereka kerana mereka tahu siapa yang membawa pembangunan di Bagan Datuk.

"Mereka kenal siapa Zahid Hamidi kerana Zahid Hamidi adalah anak kelahiran Sg Nipah Darat, Bagan Datuk, Perak. Bukan orang luar dan bukan orang asing di Bagan Datuk," katanya.

Ahmad Zahid bakal berdepan saingan empat penjuru bagi merebut kerusi Parlimen Bagan Datuk pada PRU15.

Ahmad Zahid yang juga penyandang kerusi berkenaan untuk tempoh lima penggal akan berdepan saingan calon Perikatan Nasional (PN), Dr Muhammad Faiz Na'aman dan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dari Pakatan Harapan (PH).

Turut bertanding sebagai calon Bebas ialah anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Benut iaitu Tawfik Ismail. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingergrumpy 8-11-2022 11:33 AM
Hooray dayah for GV10....
Quote BeskotCekelat 8-11-2022 11:35 AM
Untuk bukan penyanyi professional & bertaraf artis karaoke, boleh tahan jugak suara dia..
Quote epullipan 8-11-2022 11:53 AM
we don't need you dayah, please berundur
Quote cikatilia 8-11-2022 12:03 PM
yerrrrr murehenn
Quote laksmanabentan 8-11-2022 12:22 PM

adakah demi harta tujuh keturunan.... emmm....

atau jujur dan ikhlas demi bangsa... gitu....
Quote honeybee1802 8-11-2022 12:29 PM
Ni la org BN ameno ni...karokkk je la kejenya....
Quote alesandra 8-11-2022 01:21 PM
Sbb ko x mampo berceramah isu2 rakyat,semasa itu yg kena nyanyi tu.sama la tengin mcm tg zafrul tu.
Quote samperit 8-11-2022 02:52 PM
UMNO + hiburan+ lawak bodoh = tak dpt dipisahkan

tgk org2 yg sokong & masih sokong pun tau tahap intelektual masing2

nurul & family ni 1 hape x guna, baik mak , baik bapak sama je jahatttt
Quote Orix 8-11-2022 03:08 PM
suruh org tepuk ???
Quote SedihPedih 8-11-2022 03:18 PM
#kaklongbingit
Quote KamikuP 8-11-2022 04:17 PM
Kenapa meolss rasa sgt benci kat pompuan ini?
Quote juruterra 8-11-2022 04:30 PM
KamikuP replied at 8-11-2022 04:17 PM
Kenapa meolss rasa sgt benci kat pompuan ini?

sama lah kita menyampah gila tgk IG dia lalu lalang...melalak aje kerojenya harap2 career politik apaknya berkubur terus supaya dia diam sikit. Nyampah

Quote Suchi 8-11-2022 06:36 PM
Muka dia kecik sgt skrg ni
Quote Kitty_catz 8-11-2022 06:38 PM
tahi  (dilemparrrr)
Quote tukul 8-11-2022 07:03 PM
Dia ni perasan org suka dia ke eh...geng retis boleh la laga pipi... Geng ustazah2 asmak
Quote Kenangacempaka 8-11-2022 07:20 PM
Benci betul dgn minah ni..menyampah,meluat semua ada..mcm terpaling sgt..moga ko dgn abah ko melingkup dlm PRU ni
Quote allshares 8-11-2022 07:29 PM
Teringat kak mah dulu pun ade single kan? Hobi pun nk mencapub menyanyi. Kakmah buat najib jatuh. Kaklong plak buat zahid bakalan jatuh yach
Quote Piramida 8-11-2022 07:30 PM
Sedap je suara dia utk amateur.

Makin cantik pula tu.

Cuma mulut je tak boleh blah, suka now acah2 baik tp dok perli2 org.
Quote MissYouSayang 8-11-2022 07:39 PM
Dia ni la dok ckp WOMan cannot be a LEADER. Ternyata benar ,tgk je la minah ni dok jadi pompuan keberet tau nyanyi2 jah nk sembang psl inteletual mana mampu

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.047857 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top