CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kamu Sedap-Sedap Malam Pertama Tumpahkan Air Mani...' - Ustaz Pula Tampil Bahas Isu Doktor Lelaki Sambut Anak

8-11-2022 11:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10035| Komen: 155

Isu bersalin dengan doktor lelaki masih menjadi perbualan hangat di TikTok, malah video suami kepada Ustazah Siti Afifah Shahbudin iaitu Ustaz Zaidi Tohirin yang menyuarakan pendapat yang sama turut mendapat perhatian.


Menerusi siaran langsung di TikTok, Ustaz Zaidi meluahkan rasa kecewa dengan golongan suami yang sanggup menggadaikan maruah isteri dengan membiarkan doktor lelaki menyambut kelahiran anak mereka.



“Sampai seteruk itu kamu meletakkan maruah isteri kamu ini… bidadari kamu di dunia ni. Kamu buat macam itu, pagi tadi saya dengar sendiri ada orang lelaki telefon.

“Kata bini nak bersalin, doktor minta RM10,000, minta duit dekat Ustazah. Hey kamu lelaki, kamu suami… kamu la bertanggungjawab.


“Waktu kamu bersama-sama dengan isteri kamu di malam pertama, adakah kamu tidak pernah terfikir yang kamu akan ada anak? Jangan sedap saja yang kamu ambil. Hey lelaki, dayus kamu!” katanya.

Kata Ustaz itu lagi, seorang suami sepatutnya membuat persediaan awal dari segi kewangan sepanjang tempoh sembilan bulan isteri mengandung untuk memberikan yang terbaik dalam proses bersalin nanti.

“Sepatutnya malam pertama kamu menumpahkan air mani kamu tu ya, sembilan bulan Allah Taala beri tempoh kepada kamu bersiap sedia, memberikan tempat yang terbaik untuk isteri kamu bersalin.

“Hanya dikenakan beberapa ringgit saja, kamu sanggup serahkan maruah. Para isteri… sedarlah begitu murahnya maruah kamu di mata suami kamu.

“Mana pengorbanan seorang suami, sepatutnya suami demi maruah, demi kemudahan, keselesaan isteri yang berjuang melahirkan anak sama ada dua kemungkinan boleh jadi hidup, boleh jadi mati… sedang berjuang.

“Kamu sedap-sedap saja ya… malam pertamanya sedap, lepas itu sembilan bulan tu semua kau sedap-sedap saja, makan sedap, segala-galanya sedap, hisap rokok kau tak fikir benda tu… membazir,” katanya lagi.



Video siaran langsung itu dirakam dan dimuat naik oleh warga TikTok dan rata-rata mereka turut mengkritik kenyataan Ustaz tersebut.


Sumber: Gempak





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 8-11-2022 11:23 AM
entah la. meols tak menumpahkan air mani & tak mengandung. so takleh nak komen lebih-lebih.

cuma, kalau dah darurat, kalau dah tak mampu nak cari doktor pompuan & atas dasar nak menyelamatkan ibu / bayi, meols rasa takde apa yang nak dipertikaikan lagi.
Quote n3ar 8-11-2022 11:27 AM
ostad ni kalau makan penampar jangan tanya kenapa...sembang lebat...
Quote mehmet 8-11-2022 11:38 AM
Laki Bini
Quote Orix 8-11-2022 11:44 AM
penting sgat ke isu poen ni ?
Quote prince_marhaen 8-11-2022 11:49 AM
laki bini ni kuat kongkek, lepas tu kuat beranak sampai 10 orang, lepas tu bangga, acah-acah jaga aurat bini, padahal nak korek duit buat kontroversi gini jual benda-benda atas nama sunnah.... laki bini dua orang ni not even ustaz & ustazah pun....jual pun benda yang tak certified, pusing2 hadis la apa semua sebab nak legitkan bisnes diorang....paling penunggang ye barua dua ekor ni..
Quote kakikuDibibirmu 8-11-2022 11:51 AM
penting sgat ke isu faraj ni ?
Quote TomyamPuteh 8-11-2022 11:53 AM
Isu ni dr doktor swasta ni.Saja nk bg org pi beranak kt depa. Blh la sakau duit org. Ustz dgn ustazah dpt berapa persen komisen sbb tlg up isu ni?
Quote Bedah.Cun 8-11-2022 11:53 AM
Komer tumpahkan jer lar air mani ngkaw ke dinding. Semak dengan isu memancut benih!
Quote TomyamPuteh 8-11-2022 11:54 AM
Orix replied at 8-11-2022 11:44 AM
penting sgat ke isu poen ni ?

Penting la. Kalau xde poen mcm mana nk buat anak?
Quote Orix 8-11-2022 11:54 AM
TomyamPuteh replied at 8-11-2022 11:54 AM
Penting la. Kalau xde poen mcm mana nk buat anak?

itu buat anak. ini isu tengok poen jah pun untuk beranak...
Quote Hoshhi 8-11-2022 11:57 AM
Tak habis lagi isu ni
Quote syamzana 8-11-2022 11:58 AM
ya rabbi...baru komen thread sblh, ada lagi thread poen branak versi setaz plak
sudah2 la setaz setazah. bkn ke lobai2 yg ckp pancut luar/pakai kondom haram
Quote cikatilia 8-11-2022 12:04 PM
patutla berjodohan dgn si pompuan nya tu
Quote krustykrab 8-11-2022 12:11 PM
Orix replied at 8-11-2022 11:44 AM
penting sgat ke isu poen ni ?

Teringat aku kt sorg poromer nih, aku marah dia n tulis poen, heshe siap google poen tu apa then reply iols cakap iols cakap lucah kat dia
Lawak tul, sb poromers lain lagi la carutan lebih deep
Iols malas nk reply heshe sb dh tau yg bm heshe teruk
Quote krustykrab 8-11-2022 12:12 PM
Btw, ina naim bini sohai beranak mana ek
Quote nolya 8-11-2022 12:13 PM

Terserlah laki-bini calon syurga. Suami tidak dayus dn isteri menjaga aurat. Sbg sdr se Islam, semoga ustaz-ustazah dpt menyambut saudara2 Islam lainnya (mcm penyambut tetamu) di pintu syurga.
Quote bakingsoda 8-11-2022 12:18 PM
betul lettew. ke korang ok dgn jantan pemalas tahu nak kongkek siang malam tapi duit malas nak cari utk keselesaan isteri? isteri cuma tempat melempias nafsu semata, dah bunting nasib lah yg kena hadap semua nnt isteri jugak. esok2 semua benda anak bini dapat ala kadar, hari2 nasi telur kicap. telur tu pon rebus je sbb kedekut beli minyak. nasib je tak suruh masak bawah matahari. mmg la tak mati tapi budak tu ada jugak teringin kfc mekdi tapi ye lah bapaknya tau buat anak, nnt kena marah "harga satu set kfc boleh bagi makan kamu adik beradik nasi telur kicap 8 orang sampai kenyang!" pastu memendam je lah budak2 tu bertahun sampai besar, mula memberontak, last2 jd sampah masyarakat; mat pet rempit mencuri membunuh. semuanya bermula dgn bapak yg tak sedar diri sbb tu ada hukum haram berkahwin, kena berpuasa kalau tak mampu nak bagi nafkah esp nafkah zahir la. ni reti ukur nafkah batin je
Quote nolya 8-11-2022 12:36 PM
kakikuDibibirmu replied at 8-11-2022 11:51 AM
penting sgat ke isu faraj ni ?

Of course penting. Itulah kejadian ciptaan Sang Pencipta, yg membazakan antara lelaki dn perempuan. Lelaki Allah jadikan dgn fizikalnya dan perempuan dgn ciri2 fizikal keistimewaannya. Anak baru lahir, soalan pertama ditanya ialah lelaki atau pompuan kerana baby lelaki akan diazankan dn baby pompuan diaqamatkkan.
Tak sangka pulak rupa2nya faraj wanita ini boleh menjerumuskan lelaki ke lembah 'dayus': lelaki yg melanggan pelacur dn lelaki yg isterinya beranak disambut oleh dr. lelaki. That's the hidden 'super power' of women over men.  
Quote Suchi 8-11-2022 12:38 PM
Tak bernafsu langsung bila tgk muka ustaz nih.

Lihat semua komen(155)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.048617 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top