CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wan Azizah Tak Tahu Lagi Sama Ada PRU15 PRU Terakhir

8-11-2022 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 509| Komen: 0

Calon kerusi Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail enggan memberi jawapan konkrit kepada soalan sama ada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini penglibatan terakhir­nya dalam dunia politik.


Kepada Utusan Malaysia, Pe­ngerusi Majlis Penasihat PKR itu memberitahu, beliau tidak boleh ‘meramalkan’ masa depan.

“Saya tak tahu, saya tak dapat nak bercakap mengenai masa depan,” katanya ringkas keti­ka ditemui selepas meninjau ka­wasan gerai makan di Pusat Penjaja Bandar Sri Permaisuri, Cheras, semalam.


FB Wan Azizah

Enggan memberikan jawapan lanjut mengenai persoalan ber­ke­naan, Wan Azizah menga­lih isu kepada permohonan lesen penjaja kecil yang disuarakan beberapa peniaga di kawasan itu yang akan diperhalusi pihaknya bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) jika diberi mandat sebagai wakil rakyat.


Beliau berkata, pihaknya akan melihat perkara itu secara me­nyeluruh sebelum berbincang dan mendapatkan keputusan, bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) itu bagi mengelak masalah sama berulang.

“Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang berkempen, ki­ta kena buat analisis yang menyeluruh kerana pihak DBKL pun pasti ada peraturan yang ditetapkan kepada peniaga-pe­niaga kecil.

“Jika saya menang, kita akan bawa perkara ini kepada DBKL untuk dibincangkan bersama-sama supaya ada situasi menang-menang untuk semua pi­hak terlibat.

“Kita juga akan melihat lebih terperinci tempat khas untuk penjaja-penjaja kecil ini meniaga, kerana adakalanya lokasi memang sudah ada tetapi kurang menarik untuk pengunjung datang. Kita perlu berusaha menarik pelanggan,” katanya.

Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan aduan oleh beberapa peniaga di kawasan itu yang telah berusaha mendapatkan lesen penjaja kecil namun tidak mendapat apa-apa jawapan daripada pihak berwajib.

Ada di antara penduduk setempat yang telah memohon lesen itu sejak 2013 namun kini sudah tidak berniaga lagi ekoran permohonannya tidak pernah dijawab pihak DBKL. 


Sumber: UTUSAN





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.036958 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top