CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemuda Umno Buat Laporan Polis Isu Poster 'Cekor' Menghina Ahmad Said

8-11-2022 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 976| Komen: 2

Pemuda Umno Bahagian Kemaman membuat laporan polis berhubung poster yang menghina Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Said.


Bahan yang tertera 'Pemimpin Umno Cabul Kehormatan' dan 'Cekor' menjadi bahan kempen pihak tidak bertanggungjawab sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli dan penyokong Barisan Nasional (BN).


Poster yang didakwa menghina Ahmad Said di Kemaman. FOTO: Ihsan pembaca

Susulan itu, satu laporan polis dibuat sayap Umno itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, jam 4.30 petang tadi.

Ketua Pemudanya, Hashim Ali berkata, poster berkenaan adalah serangan peribadi individu tidak bertanggungjawab dan Ahmad.

Katanya, tindakan individu dipercayai daripada parti pihak lawan menaikkan poster yang menyerang peribadi Ahmad yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) itu dianggap melampau dan tidak bermoral.

Beliau berkata, pihaknya sudah menerima maklumat berhubung beberapa poster dipercayai dengan niat untuk memalukan calon BN yang juga bekas menteri besar itu sejak Jumaat lalu.

"Kita sudah buang beberapa poster yang dinaikkan di Kampung Chabang, Kerteh dan masih ada lagi beberapa poster yang dinaikkan hingga hari ini dan terbaru di Plaza Tol Chukai. Kita anggap ini perbuatan melampau dan satu penghinaan," katanya.

Hashim berkata, beliau berharap tindakan tegas terhadap individu terbabit dapat diambil bagi mengelak kejadian sama berulang.

Poster berkenaan turut viral di aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, Ahmad ketika ditemui media berkata, serangan peribadi pihak lawan itu dianggap sebagai memalukan dan seolah-olah sudah terdesak untuk meraih undi.

"Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Rakyat boleh menilai sendiri apa yang diperjuangkan mereka.

"Saya sememangnya bersedia dan tidak gentar dengan serangan politik sebegini. Rakyat boleh menilai sama ada apa yang keluar dari mulut mereka, sama atau tidak dengan perbuatan yang dilakukan," katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Jom Masuk Felda di Felda Neram 2, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan siasatan terperinci berhubung perkara itu sedang dilakukan.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 8-11-2022 05:28 PM
Cekor tu haper?
Kalau filem P. Ramlee tu tau le bila dia nak mintak nombor ekaor dia kata ' Cekor cekor ah.. cekor cekor ihhh, ekor ekor ahh... ekor ekor ihh..' kikikiki
Quote Redskin 8-11-2022 10:58 PM
Cak cekor udang gamit
Mintak cekor bagi kunyit

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.146480 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top