CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyanyi Britain Mengaku Kahwin Dengan 'Hantu'

15-12-2022 04:41 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1524| Komen: 15|Original author: Tatod

Sumber New York Post


Seorang penyanyi wanita, Brocarde dari Britain membuat pengakuan tidak masuk akal apabila mengumumkan dirinya telah berkahwin dengan hantu bernama Edwardo.

Memetik laporan New York Post, Brocarde berkata, 'suaminya' itu dipercayai daripada golongan bangsawan Victoria. Mereka bertemu ketika Edwardo tiba-tiba muncul dalam biliknya.

Sejak itu juga mereka menjalinkan hubungan cinta. Selepas bernikah, Brocarde sangat kecewa kerana Edwardo didakwa 'minum' terlalu banyak.


Sumber New York Post

Brocarde turut mengakui cemburu apabila 'suaminya' itu terpegun melihat kehadiran Marilyn Monroe yang turut hadir di majlis resepsi perkahwinan mereka.

"Kami tiba di lokasi bulan madu dan dia memesan 12 botol minuman keras. Namun, dia tiada kad untuk bayar dan terpaksa menggunakan duit saya.

"Ketika majlis resepsi, suami saya teruja melihat Marilyn Monroe. Dia tak dapat menahan diri dan berkata wanita itu terlalu seksi," katanya.

Selain Marilyn, Brocarde juga memberitahu bahawa majlis perkahwinannya turut dihadiri oleh King Henry dan Elvis Presley. -CARI






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 15-12-2022 05:06 PM
Ni penyanyi sendu ke
Quote mamajawie 15-12-2022 05:12 PM
gambar 2nd tu hidung cam acik nasah ajiz
Quote arm_band 15-12-2022 06:33 PM
get some help, granny
Quote belilies 15-12-2022 06:35 PM
mamajawie replied at 15-12-2022 05:12 PM
gambar 2nd tu hidung cam acik nasah ajiz

Cuols ada tengok citer jesnita tak? Ada pelakon makcik sorg tu jadi maid nasha aziz dlm tu, hidung sheols sama shape lubang (triangle) dgn nasha aziz
Quote edayildiz 15-12-2022 06:46 PM
muka dia pun dh seram
Quote uori 15-12-2022 07:09 PM
sini pun ramai kawen dengan hantu, dengan bewak buaya pun ada
Quote mamajawie 15-12-2022 09:02 PM
belilies replied at 15-12-2022 06:35 PM
Cuols ada tengok citer jesnita tak? Ada pelakon makcik sorg tu jadi maid nasha aziz dlm tu, hidung ...

Da lupa la citer tu..nanti iollss tengok kat youtube..ada x citer tu?
Quote belilies 15-12-2022 09:12 PM
mamajawie replied at 15-12-2022 09:02 PM
Da lupa la citer tu..nanti iollss tengok kat youtube..ada x citer tu?

Iols search di youtube ada ni ep 1 tp xsure makcik tu ada muncul ke tak, https://youtu.be/PRrzyXrAxPQ
Quote sharlenetexas 15-12-2022 09:30 PM
Laki hantu sheols tu minum secara fizikal ke? Tak pasal2 kena bayar.


Quote PetitionWriter 15-12-2022 10:50 PM
bangsa etis
Quote acik79 15-12-2022 10:53 PM
Jin asyik kot yg dia kawin ni
Quote chilly 16-12-2022 05:51 AM
Kesian kawen dgn hantu pon nyakitkan hati sbb kena bersaing dgn hantu lain. Ini baru betol hidup susah mati pon susah. Kawen dgn jambatan ajelah.
Quote cmf_blanco 19-12-2022 11:36 AM
Mental ke apa?
Quote green~tea 19-12-2022 11:41 AM
Dah tua bangang eh bangka pun masih tersangkut dengan imaginary friend
Quote green~tea 19-12-2022 11:42 AM
uori replied at 15-12-2022 07:09 PM
sini pun ramai kawen dengan hantu, dengan bewak buaya pun ada

Hahahhahahahahahhaha

Hantu jenis apa tu.. hantu raya? Pelesit? Jin toncet?

Species reptiles boya bewak tu mmg terpaling ramai

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.251891 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top