CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ejen Hartanah Maut Dilanggar Lari Ketika Lintas Jalan

7-11-2022 09:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3382| Komen: 35

Ejen hartanah maut dipercayai dilanggar lari sebuah kenderaan ketika melintas jalan di Jalan Cheras menghala Kajang berdekatan sebuah pusat beli-belah di sini, kelmarin.


Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, Kaunter Aduan Trafik Kuala Lumpur menerima maklumat kejadian itu pada 2.45 pagi.



"Sepasukan anggota trafik ke lokasi dan hasil siasatan awal mendapati mangsa melintas jalan sebelum dilanggar sebuah kenderaan yang belum dapat dikenal pasti.

"Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz yang tiba di lokasi," katanya dalam kenyataan hari ini.


Zam Halim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menyalurkannya dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohamad Nor Izlan Mohd Rafiee di talian 010-2707997 atau Trafik Kuala Lumpur di talian 03-20719999 atau mana-mana balai polis berdekatan.


Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 7-11-2022 09:38 PM
Ya Allah, padahal atas tu je pedestrian bridge crossing.  Takziah.
Quote asamfish 7-11-2022 09:39 PM
Dia jaywalk kan?  Kat atas tu ada jejantas kan?  Kenapa tak guna jejantas?  Ke mata saya salah?
Quote Samerosie 7-11-2022 09:41 PM
asamfish replied at 7-11-2022 09:39 PM
Dia jaywalk kan?  Kat atas tu ada jejantas kan?  Kenapa tak guna jejantas?  Ke mata saya salah?

Ya you dia jaywalk aduh semata2 nak short cut terus hilang nyawa.
Quote CiliPadiSedap 7-11-2022 09:45 PM
3 lane kut . nak cross camtu kereta kt situ 100km/h lebih. kenapa lah xnaik jejantas
Quote asamfish 7-11-2022 09:51 PM
Samerosie replied at 7-11-2022 09:41 PM
Ya you dia jaywalk aduh semata2 nak short cut terus hilang nyawa.

La haula wala quwwata illa billah.  Kalau mcm ni insurance tak cover kan?  Sebab ada jejantas .  

Quote Atata 7-11-2022 09:54 PM
asamfish replied at 7-11-2022 09:51 PM
La haula wala quwwata illa billah.  Kalau mcm ni insurance tak cover kan?  Sebab ada jejantas .  
...

Ye ke? Mungkin tgk jg jenis insurans/takaful nye sbb skrg ni even mati bunuh diri pun dpt jg pampasan
Quote faraway1 7-11-2022 09:56 PM
Jejantas sebelah tu aje...

Quote sukacactus 7-11-2022 09:56 PM
Nak salahkan yg melanggar tu pun xleh
Quote insulin 7-11-2022 09:59 PM
Takziah kepada keluarga si mati.
Quote asamfish 7-11-2022 09:59 PM
sukacactus replied at 7-11-2022 09:56 PM
Nak salahkan yg melanggar tu pun xleh

Tak patut betul la kalau nak salahkan kereta yang langgar tu, sbb kawasan tu tak sepatutnya ada jaywalker.  Sbb dah disediakan jejantas.

Quote asamfish 7-11-2022 10:00 PM
Atata replied at 7-11-2022 09:54 PM
Ye ke? Mungkin tgk jg jenis insurans/takaful nye sbb skrg ni even mati bunuh diri pun dpt jg pampa ...

Oh...mcm tu ye.  Saya ingatkan insurans tak cover.

Quote ultra78 7-11-2022 10:02 PM
Memang nak mampus agaknya. Depan EkoCheras Mall. Atas tu kan jejantas

jejantas.PNG
Quote lasagnaklcc 7-11-2022 10:17 PM
2.45 pagi bkn takde kereta. 2.45 pagi kereta semua laju2 sbb jln lengang. Lagi malang kalau dpt driver mabuk.
Quote SalenaGomez 7-11-2022 11:02 PM
Edited by SalenaGomez at 7-11-2022 11:03 PM

-deleted-      
   
   
Quote SalenaGomez 7-11-2022 11:02 PM
asamfish replied at 7-11-2022 09:51 PM
La haula wala quwwata illa billah.  Kalau mcm ni insurance tak cover kan?  Sebab ada jejantas .  
...

Xde masalah untuk cover…dengan syarat dia ambil life insurance dan PA
Quote Carcosa 7-11-2022 11:07 PM
Ini lah masalah nya org Malaya. Pemalassssss nak naik tangga. Nak jgk gamble lintas mcm tu. Nah, terimalah.
Quote imransulaiman 7-11-2022 11:53 PM
Suicidal kot...
Quote ninja boy 8-11-2022 12:03 AM
Kat Malaysia ni ada excavator baru mau naik jejantas taw atau jejantas ramp pejalan kaki oku
Quote shernazz 8-11-2022 07:08 AM
Dedolu boleh la lintas jalan...
Now kete lelaju
Tp hurm..mcm mmg sengaja bunuh diri kots...
Kalau ikut logik la kan ..
Atau dia tak nak guna jejantas atas tu..malas...
Ingat kete tak banyak dqh..
Tibe2..

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.144422 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top