CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Digantung Tugas 5 Hari Sebab Bertengkar Dengan Pesakit Guna Perkataan 'Ngo'

7-11-2022 09:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1591| Komen: 9

Seorang doktor di sebuah hospital di wilayah Chiang Rai, utara Thailand digantung tugas dan berdepan siasatan Majlis Perubatan Thailand (MCT) kerana bertengkar dengan pesakit, lapor laman berita Thaiger semalam.


Pengarah Hospital Chiang Saen, Sookchai Theansavettrakul berkata, pertengkaran berpunca daripada masalah komunikasi antara doktor itu dengan pesakit dan saudara-maranya.


Doktor itu dirakam duduk bersila di atas kerusi sambil bermain telefonnya. - Twitter

Sookchai berkata, pihak hospital telah menggantung tugas doktor itu selama lima hari sementara menunggu keputusan siasatan dalaman. 


Klip video yang tular di media sosial memaparkan doktor itu duduk bersila di atas kerusi sambil bermain telefon bimbit. Dia didakwa memanggil pesakit itu dan saudara-maranya dengan perkataan ngo (bodoh) ketika mereka bertengkar.

Pesakit berusia 36 tahun itu dilaporkan hamil 12 minggu. Dia datang ke hospital kerana mengalami loya dan sukar makan, selain mengadu berasa letih dan sakit perut.

Di bilik kecemasan, doktor tersebut mahu memberikan suntikan ubat tetapi pesakit menolak kerana mendakwa  alah pada picagari. Dia sebaliknya meminta ubat diberikan  menerusi kaedah intravena. Doktor itu bagaimanapun menolak permintaannya dan pertengkaran berlaku antara mereka.

MCT telah menghubungi pihak hospital dan akan mengetuai siasatan.

Dalam satu hantaran di Facebook, Setiausaha Agung MCT, Itthaporn Kanacharoen berkata bahawa selepas menyemak kes itu, pihaknya akan menyiasat doktor tersebut kerana ‘berkelakuan tidak sopan terhadap pesakit semasa rawatan’ sekali gus mencemarkan martabat dan reputasi kerjaya itu.

Selepas itu, MCT akan mempertimbangkan sebarang penalti yang akan dikenakan kepada doktor tersebut.

Itthaporn bagaimanapun meminta orang ramai memahami keadaan kerja kakitangan perubatan yang tertekan sehingga boleh mencetuskan perbalahan sedemikian. 


Sumber: Kosmo




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote redz85 7-11-2022 09:05 PM
dah sakit tapi masih ungkal..

ada hati pulak nak mengajar doktor..

picagari-syringe.. baru tahu
Quote Samerosie 7-11-2022 09:05 PM
Jab jab tak faham.  Patient kata dia allergic to syringe ke jarum ke takut kena cucuk? Sebab intravenous tu bukan ke sama je cucuk dan lagi lama?
Quote Adrif 7-11-2022 09:45 PM
nickel allergy mungkin
Quote Thunderclouds 7-11-2022 09:45 PM
Dua dua kna pakai jarum nokkk.. what's the fuss? Padan la doc kasi 'ngok' sama itu sedara
Quote CiliPadiSedap 7-11-2022 09:47 PM
sama cm blastoff ada alergic kt jarum. kalau nampak jarum terus berubah color hijau
Quote Samerosie 7-11-2022 09:55 PM
Adrif replied at 7-11-2022 09:45 PM
nickel allergy mungkin

Jarum kan stainless steel, picagari kan plastic.
Quote KamikuP 8-11-2022 09:54 AM
Oo kalau kat Thailand 'ngo' tu bongok, kalau kat M'sia Cina kata 'ngo' tu saya.
Quote Sazreena 8-11-2022 03:46 PM
Takut la kena enjet la tuuu...
Quote doubleharmonic 8-11-2022 10:02 PM
ngo
ngok
ngong
ngek
ngok ngek
bongok bongek

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.067497 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top