CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kesan Omicron XBB Tak Serius' - KJ

7-11-2022 08:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 847| Komen: 3

Varian Omicron Subvarian XBB tidak menunjukkan kesan yang serius, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Katanya, varian tersebut tidak menunjukkan kesan peningkatan terhadap kes kematian dan jumlah kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).


FB KJ

Bagaimanapun, tambah beliau, orang ramai perlu kekal berwaspada dengan mengamalkan kaedah pencegahan terutama di kawasan yang berisiko berlakunya penularan Covid-19.

“Varian tidak menunjukkan kesan yang lebih serius. Dari segi kebolehjangkitan mungkin lagi tinggi sebab itu kes naik sikit tapi selagi kematian tidak naik, di ICU tidak naik, jadi kita okay.


“Tapi kita ambil langkah berjaga-jaga, saya nampak sekarang lagi ramai pakai pelitup muka dan kes pun dan terkawal sikit. Itu cara kita respon bila naik di kawasan tertutup dan sesak kita pakai pelitup muka,” katanya kepada pemberita sewaktu mengadakan walkabout di Pasar Tani Kampung Melayu Subang, dekat sini, hari ini.

Terdahulu beliau berkata, sehingga kini sebanyak 21 kes Covid-19 daripada varian XBB.

“Subvarian XBB kita ada 14 kes setakat ini, manakala XBB.1 ada tujuh kes,” ujarnya.

Khairy menjangkakan, akan bilangan kes varian XBB akan meningkat namun ia normal bagi menggantikan varian yang sebelumnya iaitu BA5.

Jelasnya, perkara yang sama turut berlaku di Singapura. 


Sumber: MalaysiaGazette




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 7-11-2022 09:09 PM
yelah , dulu bukan main suruh vaksin - kaka blastoff ngumpat tapi tak sempat type busy kaji cuaca dan tahi bintang
Quote Belibis 7-11-2022 09:44 PM
Yo la tuuuu..kalau kata bahaya,caner nak kempen ..jumpa pengundi..
Quote white_musk 7-11-2022 10:41 PM
Dari january sampai hari ni sekarang baru naik varian baru ke? Lps mengundi nanti ada varian lagi tak?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.086721 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top