Mahkamah Sesyen Jenayah Sepang, Selangor pagi esok akan mendakwa ahli perniagaan terkenal atas kesalahan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang bersifat sumbang.
Jabatan Komunikasi Korporat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, wanita berkenaan yang juga jutawan kosmetik akan didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. “Pendakwaan akan dilakukan ke atas ahli perniagaan berkenaan pada pukul 9 pagi esok,” katanya.
Ahli perniagaan berusia 50-an itu sebelum ini pernah mencetuskan beberapa kontroversi melalui kandungan yang disifatkan sebagai tidak sesuai untuk ditonton yang dimuat naik di aplikasi Instagram dan TikTok serta laman web YouTube. Terdahulu, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman turut dihadapkan ke mahkamah sama atas empat pertuduhan kerana memuat naik kandungan bersifat sumbang pada April lalu. Aliff Syukri bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil kemudian menetapkan wang jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan selain menetapkan 25 November ini untuk sebutan semula kes. Sumber: KOSMO! ONLINE |
imransulaiman replied at 7-11-2022 10:59 PM
Siapakah jutawan kosmetik itu?
LadyCarefree replied at 8-11-2022 02:17 AM
Bacalah. Ada sebut nama
imransulaiman replied at 8-11-2022 06:42 AM
Dia sebut nama alip sukri je.. Jutawan wanita tu takde nama pun.
Ke mata aku kero?
imransulaiman replied at 8-11-2022 06:42 AM
Dia sebut nama alip sukri je.. Jutawan wanita tu takde nama pun.
Ke mata aku kero?
acik79 replied at 8-11-2022 08:32 AM
Alip sokri muda lagi kan? Bidah la kot… mcm2 nak glamer punya pasal… aku kalau boleh zaman ni na ...
eyansss replied at 8-11-2022 12:44 AM
bidah ke sebab klu menjurus ke arah dia…
ADVERTISEMENT