CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isu Gurau Kasar Dengan Raisa, Nabil Dah Jumpa Belakang Pentas - 'Dia Pun Suka...'

7-11-2022 08:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1901| Komen: 7

Pengacara Nabil Ahmad, 39, tampil menjelaskan situasi sebenar mengenai usikannya kepada juri jemputan dari Indonesia, Raisa pada konsert minggu kelapan Gegar Vaganza 9 (GV9) yang dikatakan ‘melampau’ oleh netizen. 


Menurut Nabil, dia dan penyanyi itu sudah pun bertegur sapa sewaktu di belakang pentas lagi, malah jelasnya Raisa turut menganggap gurauan boleh membantu menjadikannya lebih selesa. 


IG

“Saya sebelum mula show itu dah berjumpa dengan Raisa di belakang pentas, kami dah bergurau, dah berkenalan sesama kami, manager dia pun saya dah kenal. 

“Dia pun kata gurauan itu boleh buat dia rasa lebih selesa, jadi macam itu cara dunia hiburan bergerak. Dia seorang yang sporting dan kelakar sebenarnya.  

“Sebagai seorang penghibur saya tahu apa yang dia perlukan dan saya pasti dia tahu apa juga yang saya perlukan,” katanya ketika dihubungi Gempak. 

Terdahulu, nama Nabil menjadi perbualan netizen di seluruh media sosial susulan gurauannya mengenai komen dalam Bahasa Inggeris yang diberikan Raisa kepada persembahan Hairul Nizam. 

Malah netizen juga menganggap usikan itu agak melampau sehingga ada yang mendakwa Raisa kelihatan kurang selesa dengan gurauan tersebut. 

Dalam pada itu, pemilik nama penuh Ahmad Nabil Ahmad berkata dia sedikit pun tidak merasa tersinggung dengan komen netizen, sebaliknya dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pegacara program itu. 


https://www.instagram.com/reel/CkpMfV1J2o_

“Saya sikit pun tak terasa langsung dengan komen-komen nakal netizen, mereka cuma ambil apa yang berada di TV, saya pun tak mahu marah mereka. 

“Saya tahu batas sebagai pengacara, tiada lah sampai nak menghina atau maki orang, ia hanyalah sekadar program hiburan. 

“Saya hanya jalankan amanah yang diberikan, selagi pihak produksi kata saya tidak melampui batas atau menyinggung perasaan orang-orang yang penting dalam GV, saya bersyukur dan itu sahaja yang perlu dijaga,” tambahnya. 

Terdahulu, Raisa turut menjadi tetamu undangan di segmen 3 Pagi Era di Era FM yang dikendalikan Nabil, Azad Jazmin dan Radin. 


Sumber: Gempak




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 7-11-2022 08:30 PM
“Saya tahu batas sebagai pengacara, tiada lah sampai nak menghina atau maki orang, ia hanyalah sekadar program hiburan."


entoh ler..

ni bukan first time, dah banyak kali dia buat.. Haji, ooo ji..
Quote hanihan16 7-11-2022 08:38 PM
ni side nabil. wartawan ada tanya side raisah tak? selesa ke idak dia diajuk gitu
Quote sleepandream 7-11-2022 09:39 PM
lately byk kali nabil punya dialog kene mute yach
Quote imransulaiman 8-11-2022 12:03 AM
Tu persetujuan sebelum show dan Raisa tak tahu kot tahap kebangangan lawak Nabil. Tapi masa show berlangsung memang nampak riak muka Raisa lost! Bodohlah kau Nabil!

Quote silampumeja 8-11-2022 12:11 AM
Tepek sikit sedutan nabil mention macam tu...
Quote prince_marhaen 8-11-2022 09:23 AM
"selagi pihak produksi kata saya tidak melampui batas atau menyinggung perasaan orang-orang yang penting dalam GV.."

kalau produksi kata berbogel tak salah...mungkin jibil pun buat agaknya.... lepas tu istighfar lah kan...... butoooooooo!
Quote KamikuP 8-11-2022 12:23 PM
Raisa kata apa pulak?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.337843 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top