Oleh Izzah Abbasy Hasil dekorasi sesuatu sudut atau ruang itu biasanya ditentukan oleh pemilik yang mahukan kelainan dan keselesaan. Pelbagai idea kreatif akan dicipta untuk mendapatkan rekaan yang menarik dan berbeza daripada kebiaasaan.
Di Madrid, sebuah pejabat dibina agar para pekerjanya dapat merasai suasana seperti bekerja di dalam hutan. Pejabat ini berbentuk tiub aerodinamik ini telah direka oleh seorang arkitek Sepanyol, Jose Selgas dan Lucia Cano, bagi membolehkan para pekerja merasa seolah-oleh mereka sedang bekerja di dalam hutan Sepanyol yang indah. Separuh daripada bangunan pejabat unik ini, direka khusus oleh dua orang arkitek ini untuk firma arkitek mereka, Selgascano, dibina di dalam tanah di sebuah hutan di luar Madrid. Ini bagi memastikan pejabat mereka kekal sejuk dan nyaman walaupun pada musim panas. Tingkap-tingkap melengkung yang dibina di siling sepanjang pejabat dapat menghapuskan keperluan bagi penggunaan sebarang lampu pada waktu siang. Tingkap-tingkap ini juga boleh dibuka dan ditutup bagi mengekalkan pengaliran udara bersih di dalam pejabat. Separuh dari bangunan ini juga mempunyai dinding kaca yang terlindung sebagai tempat teduh untuk para pekerja dari cahaya matahari secara langsung. Bangunan pejabat ini juga mempunyai lantai tenggelam sepanjang tingkap yang membolehkan para pekerja duduk searas pada paras mata dengan lantai hutan. Keadaan ini menampakkan suasana pejabat ini kelihatan santai untuk bekerja. Sekaligus ia sebenarnya suatu cara mencintai dan menghargai alam semula jadi. Bayangkan anda bekerja di sebuah pejabat yang dikelilingi oleh hutan yang indah! - CARI Infonet
Sumber asal : drysheet blogsport |
4
Bagus |
10
Marah |
11
Terkejut |
12
Sedih |
4
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
delsmomm replied at 28-7-2015 10:53 AM
bestnyer...
lagi best kalo aircond semulajadi.
ADVERTISEMENT