Pelakon jelita Uqasha Senrose mencatat nukilan romantik buat suami tersayang yang juga pelakon Kamal Adli bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.
Berkongsi nukilan itu di laman Instagram, pemilik nama lengkap Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 30, berkata meskipun berdepan banyak dugaan, dia tetap meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan Kamal sebagai suaminya. Dalam pada itu, Uqasha turut berkongsi beberapa gambar dirinya bersama aktor tersebut buat tatapan umum. Tambah pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu lagi, dia turut menyifatkan Kamal sebagai seorang yang hebat dan kelakar.
“Awak hebat dan seorang lelaki yang kelakar, tapi masa baloh (gaduh) tak, hahaha, biasa la tu adat rumah tangga, kata orang tua ikut je," selorohnya. Sementara itu, di ruangan balas rata-rata netizen turut menumpang gembira di atas ulang tahun perkahwinan Uqasha dan Kamal serta mendoakan kebahagian mereka berdua.
|
ADVERTISEMENT