CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PDRM Serah 3 Wanita Disyaki Terbabit Sindiket Pemerdagangan Manusia Kepada Polis Thailand

7-11-2022 07:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 641| Komen: 1

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyerahkan tiga wanita warga Thailand yang dipercayai terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia ke negara ini kepada Polis Diraja Thailand (RTP).


Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata kesemuanya yang berusia lingkungan 30-an dan berada dalam senarai dikehendaki RTP, ditahan pada 29 Okt lepas bersama dua lelaki warga Indonesia selepas PDRM menerima maklumat daripada RTP.


Bernama

“Dua lelaki Indonesia itu dipercayai tidak terlibat secara langsung dalam sindiket itu tetapi hanya bekerja dengan mereka di negara ini. Selain kelima-lima mereka, buat masa ini kita percaya tiada suspek lain terlibat.


“Susulan serbuan yang dilakukan, empat wanita (dua warga Thailand dan dua Indonesia) berjaya diselamatkan dan ditempatkan di pusat perlindungan di bawah arahan perlindungan sementara (IPO),” katanya pada sidang media di balai pelepasan Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM Pangkalan Semenanjung, Subang di sini hari ini.

Acryl Sani berkata tiga wanita berkenaan dihantar pulang mengikut Akta Imigresen 1959/63 memandangkan pasport mereka telah dibatalkan oleh pihak berkuasa Thailand.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Thailand Jeneral Surachate Hakparn yang turut hadir pada sidang media berkenaan berterima kasih kepada PDRM atas kerjasama melumpuhkan jenayah rentas sempadan terutama sindiket pemerdagangan manusia.

“Hubungan rapat antara kami (PDRM dan RTP) membawa kepada kejayaan ini. Kami akan terus bekerjasama bagi membendung jenayah rentas sempadan,” katanya.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan. 


Sumber: BERNAMA




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zezo 7-11-2022 07:19 PM
Org yg terlibat dalam jenayah mcm ni, patut kena hukum seberat2nya. Hanya org yg kejam dan xde perilaku manusia tergamak buat benda cmni.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.596753 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top