CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pertama Kali 'Terbang', Wanita Tertinggi Di Dunia Terpaksa Baring Dalam Pesawat

7-11-2022 06:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1194| Komen: 4

Wanita paling tinggi di dunia, Rumeysa Gelgi akhirnya merasai berada di dalam pesawat komersial buat kali pertama dalam hidupnya baru-baru ini.

Bagaimanapun, dia yang setinggi 215.16 sentimeter (cm) terpaksa berbaring di dalam pesawat itu.


Rumeysa Gelgi berbaring di dalam pesawat komersial (kiri) yang membawanya dari Istanbul ke AS baru-baru ini. - Foto Instagram.

Syarikat penerbangan Turkish Airlines mengeluarkan enam tempat duduk untuk memberi ruang kepadanya dan digantikan dengan tempat yang membolehkannya untuk baring.

Menurut catatan Instagramnya, dia mengharungi penerbangan selama 13 jam dari Istanbul di Turkiye ke San Francisco, Amerika Syarikat (AS).


Menurut Guinness World Records, dia berdiri pada ketinggian 215.16 cm dan dinamakan sebagai wanita paling tinggi di dunia awal tahun ini.

Dia juga mempunyai jari terpanjang dan tangan terpanjang.

Pada kebiasaannya, Gelgi bersiar-siar di atas kerusi roda atau dengan menggunakan alat bantuan pejalan kaki.

Badannya yang besar itu disebabkan oleh sindrom Weaver.

Gelgi, 24, tidak pernah menaiki kapal terbang sebelum ini kerana dia terlalu tinggi untuk duduk di dalam syarikat penerbangan biasa.

Bagaimanapun, dia kini boleh melancong ke luar negara dan terbang ke San Francisco berkat kesediaan syarikat penerbangan Turkish mengubah suai tempat duduk bagi membolehkan Gelgi terbang dengan selesa.

Ketika memuatkan kandungan di Instagram, setelah mendarat di California, Gelgi menyatakan bahawa ia merupakan penerbangan yang sempurna.

Penerbangan itu juga adalah yang pertama dengan pesawat tetapi pastinya ia bukan yang terakhir, katanya.

Dia mengucapkan terima kasih kepada setiap orang yang telah menjadi sebahagian daripada penerbangannya itu. 


Sumber: Sinar Harian




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 7-11-2022 08:22 PM
Weaver syndrome is a condition that involves tall stature with or without a large head size (macrocephaly ), a variable degree of intellectual disability (usually mild), and characteristic facial features.


tinggi ya. 215cm

fizikal yang unik camni, elok join lakonan kan. boleh bawak watak fantasy ke
Quote redz85 7-11-2022 08:59 PM
kesian nya..

masa dia duduk pun masih tinggi dari kita
Quote PembacaSenyap 7-11-2022 11:54 PM
Soalan jujur..

So dia beli 1 seat ke atau 6 seat?
Quote Simunggu 8-11-2022 09:41 AM
dalam lah tukan...kalau punai asia mungkin di luar luar shj

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.033737 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top