CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dituduh Amal Rasuah Oleh Sarawak Report: Saman RM100 Juta Ditolak, Sultanah Nur Zahirah Fail Rayuan

7-11-2022 06:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 787| Komen: 1

KUALA LUMPUR – Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini, yang menolak saman fitnahnya terhadap pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan dua yang lain.


Menerusi satu kenyataan hari ini, peguam Datuk Mohd. Haziq Pillay yang mewakili Sultanah Nur Zahirah, mengesahkan perkara tersebut.

“Kami telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya terhadap keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee,” katanya.


Foto: Kosmo

Pada 31 Oktober lalu, Pesuruhjaya Kehakiman itu memutuskan bahawa tiada tuduhan fitnah daripada kenyataan yang didakwa meski pun jelas terdapat masalah kesilapan identiti.


Dalam penghakimannya mahkamah bersetuju dengan defendan pertama (Clare) memohon maaf atas kesilapan identiti dan bukannya untuk memfitnah.

Justeru Pesuruhjaya Kehakiman itu turut memerintahkan kos sebanyak RM80,000 dibayar kepada defendan-defendan iaitu Rewcastle-Brown, penerbit Cheong Ton Sin dan pencetak, Vinlin Press Sdn Bhd.

Pada 21 November 2018, Sultanah Nur Zahirah memfailkan saman RM100 juta, mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu antara lain bermaksud baginda terlibat dalam amalan rasuah.

Dalam pernyataan tuntutan, Sultanah Nur Zahirah mendakwa Clare telah membuat pernyataan yang memalukan terhadap baginda dalam buku The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose.

Sultanah Nur Zahirah mendakwa, kenyataan itu memberi gambaran bahawa baginda terlibat dalam amalan rasuah dan mencampuri pentadbiran Terengganu selain menggunakan statusnya untuk mempengaruhi penubuhan Lembaga Pelaburan Terenggnu (TIA) yang kemudian menjadi 1MDB.

Baginda mendakwa kenyataan itu juga memberi gambaran yang baginda telah menolong ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau Low Taek Jho untuk menjadi penasihat TIA.

Sultanah Nur Zahirah mendakwa kenyataan tersebut telah memfitnah dan merosakkan reputasi baginda kerana baginda tidak pernah mencampuri pentadbiran negeri dan penubuhan TIA.

Baginda menuntut ganti rugi am RM100 juta daripada setiap defendan dan memohon perintah terhadap defendan kedua (penerbit) menarik balik buku itu yang mengandungi kenyataan fitnah dan terhadap defendan ketiga supaya berhenti mencetak buku itu seterusnya.

Dalam perbicaraan bermula 1 hingga 4 Ogos lalu, seramai lima saksi iaitu tiga saksi plaintif dan dua dari pihak defendan memberi keterangan di mahkamah.

Kesemua saksi-saksi memberi keterangan secara dalam talian. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 8-11-2022 10:04 AM
lahhhhh. sampi rm100 juta ko tntut kemain eh

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.027668 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top