CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru Sedar Kepakaran Diperlukan, Twitter Panggil Semula Pekerja Dipecat

7-11-2022 06:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1452| Komen: 8

Dua hari selepas Twitter memberhentikan hampir 50 peratus kakitangannya, laman perkongsian sosial tersebut yang kini dimiliki oleh manusia terkaya di dunia, Elon Musk itu menghubungi berpuluh-puluh pekerja yang dipecat supaya kembali bekerja, lapor laman berita Wion News semalam.


Menurut beberapa laporan, puluhan pekerja diminta untuk kembali ke syarikat itu kerana diberhentikan ‘secara silap’.


Getty Image

Laporan sama menjelaskan, sebilangan pekerja diambil semula selepas pihak pengurusan menyedari bahawa kepakaran mereka diperlukan untuk membina ciri-ciri baharu yang disasarkan oleh Musk.

Twitter sebelum ini memecat hampir 50 peratus pekerjanya termasuk memberhentikan keseluruhan pasukan hak asasi manusia dan ‘semua kecuali dua pasukan teknologi kepintaran buatan (AI) yang beretika’. 

Ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Volker Turk dalam satu surat terbuka berkata, langkah itu bukanlah satu ‘permulaan yang baik’.

Ciapan yang dimuat naik oleh pekerja-pekerja Twitter mendedahkan bahawa kakitangan jabatan produk dan kejuruteraan, serta pasukan yang bertanggungjawab ke atas komunikasi, penyusunan kandungan, hak asasi manusia dan etika pembelajaran mesin telah diberhentikan.

Berikutan pengambilalihan Musk, Twitter memecat hampir 3,700 kakitangan pada minggu ini melalui notis pemberitahuan secara e-mel dalam usaha untuk mengurangkan kos.

Musk dalam satu ciapan memberitahu bahawa pengurangan pekerja itu disebabkan kerugian besar dialami syarikat yang baru dibelinya. 

“Mengenai pengurangan tenaga kerja Twitter, malangnya kami tiada pilihan apabila syarikat rugi lebih AS$4 juta( RM18.99 juta) sehari,” kata Musk dalam satu kenyataan.


Sumber: Kosmo




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edee_91 7-11-2022 07:14 PM
twitter makin pelik hari tu. harap lepas musk ambik alih ni twitter jadi syiok baliklah.
Quote Firenzza 7-11-2022 08:59 PM
Rom tidak dibina dlm 1 hari
Quote sharlenetexas 7-11-2022 09:00 PM
Jilat ludah sendiri?

Quote dani-rox 7-11-2022 10:51 PM
the beginning of the end of twitter.

wokerati brigade patut mula cari socmed yg baru utk cancel, bully dan ugut org yg tak sebulu dgn dia org.
Quote madknownz 8-11-2022 09:43 AM
edee_91 replied at 7-11-2022 07:14 PM
twitter makin pelik hari tu. harap lepas musk ambik alih ni twitter jadi syiok baliklah.

mungkin kau belum jumpa akaun DS.

Quote edee_91 8-11-2022 10:28 PM
madknownz replied at 8-11-2022 09:43 AM
mungkin kau belum jumpa akaun DS.

weh apa DS tu? jenuh aku pikir.
Quote kam3n 8-11-2022 10:30 PM
edee_91 replied at 8-11-2022 10:28 PM
weh apa DS tu? jenuh aku pikir.

Dark side kot
Quote edee_91 8-11-2022 10:33 PM

Aaaaaaaaaaaaaaaa~

Kupikir pikir dato seri ke apa la tadi.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.076723 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top