CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penganggur Curi Duit RM2.80 Di Tabung Tandas Awam Dihukum

7-11-2022 06:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 787| Komen: 5

JOHOR BAHRU – Seorang penganggur dijatuhkan hukuman berkelakuan baik selama setahun dengan cagaran RM1,000 kerana mencuri duit syiling tandas bernilai RM2.80 di Larkin Sentral, di sini pada 3 November lalu.


Tertuduh, Mohamad Hafiz Mohamad Razali, 36, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Johor Bahru, Hidayatul Syuhada Shamsudin hari ini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa telah mencuri 22 keping syiling 10 sen dan tiga keping syiling 20 sen berjumlah keseluruhan RM2.80 daripada tandas awam Terminal Bas Larkin Sentral pada pukul 4 pagi, Khamis lalu.


Foto: Kosmo

Atas perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, seorang pengawal keselamatan ternampak suspek mengambil duit syiling daripada tabung tandas dan memasukkannya ke dalam poket seluar sebelah kanan.

Apabila dihampiri, suspek bertindak melarikan diri namun berjaya ditahan pengawal keselamatan berkenaan dan menyerahkan suspek kepada pihak polis.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqiilah Ahmad Rofaie manakala tertuduh tidak diwakili peguam.-CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 7-11-2022 06:49 PM
tu laaa... kenapa tak masuk umngok? boleh berguru ngan sifu najibun sama sifu wak jahit & geng ciom2 tangan  
Quote Orix 7-11-2022 06:52 PM
2.6bilion tersenyum sinis bak kata kakikudibibirmu
Quote madknownz 8-11-2022 09:45 AM
rm2.80 nak dibanding rm2.6 billion.
Quote pasa 8-11-2022 09:56 AM
mujur hilang kat toilet. Ada org tu hilang kat rumah peti besi tak kene umpil
Quote rosedemon 8-11-2022 10:03 AM
sian 2.80 je pon. dia dsperate sgt agaknya tu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.038946 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top