CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Siapa S*al Nak Ada Mak Macam Ni?"Lelaki Jijik Bila Dapat Tahu Ibu Besarkan Anak-Anak Guna Duit Hasil Melacur

7-11-2022 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2964| Komen: 44

Seorang anak mengaku jijik dengan ibu sendiri apabila akhirnya mendapat tahu wanita tersebut sanggup menjadi pelacur utnuk membesarkan mereka adik-beradik.

Menurut individu terbabit yang meluahkan perasaanya di Twiter, selepas ibu dan bapanya bercerai, bapanya langsung tidak memberikan nafkah dan ibu terpaksa melakukan pelbagai kerja untuk membesarkan anak-anak.

"Mak berkahwin masa umur dia 18 tahun. Saya mempunyai bapa yang kaki dera. Saya tak akan mengaku dia ayah. Dia selalu pukul mak depan kami adik beradik, Saya tahu sebab saya anak sulung. Kami tanggung penderitaan ini sampailah mak dan ayah bercerai."

Gambar Hiasan

Katanya walau tiada bapa di sisi namun wanita itu berjaya membesarkan mereka adik-beradik dengan baik sehingga dia berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti sementara dua adik perempuan masih bersekolah. Malah kewangan mereka sekeluarga juga agak stabil.

Dia juga menyifatkan ibunya seorang wanita yang sangat baik selain tidak pernah memukul atau meninggikan suara dengan anak-anak. Namun siapa sangka, segala-galanya berubah selepas lelaki ini mula curiga dengan pekerjaan ibunya.

"Dia tak pernah beritahu details di mana dia bekerja. Kadang-kadang ibu kata kerja di restoran, bila ditanya sekali lagi, jawapan ibu sentiasa berubah."


Suatu hari lelaki ini mendapat tahu bahawa ibunya ‘menjual diri’ mencari duit untuk membesarkan mereka. Tidak dapat menahan rasa marah, dia bersemuka dengan ibunya dan wanita itu akhirnya mengaku melakukan pekerjaan tersebut.

"I rasa jijik dengan mak sendiri. Pertama kali dalam hidup, I tak nak langsung tengok muka dia. I bersemuka, dan dia mengaku. Siapa sial nak ada mak macam ni? Baik mak gugur je along dulu."

Dia juga nekad keluar dari rumah dan tinggal bersama kawannya. Dia akui sangat marah dan malu dengan apa yang berlaku tetapi dalam masa yang sama dia berasa bersalah melihat raut wajah sedih ibunya.

"Saya rasa seperti anak derhaka, saya tak tahu apa nak buat. Mak bayar segalanya dari dulu sehingga sekarang dan dia tak pernah dapat atau beli apa yang dia suka." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 7-11-2022 05:42 PM
Please stop the cycle.
Jangan jadikan pekerjaan turun temurun.

Quote makiting 7-11-2022 05:46 PM
Mak berjaya didik anak jd org berjaya..

Tp… anak suka2 nak neraka kan mak… belum tentu kamu pasti masuk syurga dekk…
Quote star_karat 7-11-2022 05:51 PM
Silap2 mak masuk surga dan kau nak derhaka ,kau yang sial.
Quote tumpanglalu74 7-11-2022 05:56 PM
Edited by tumpanglalu74 at 7-11-2022 05:57 PM

Dia ade hak nak marah sebab rase tertipu mak dia anto masok sekolah agame.  

Pade aku mak dia ni memang licik.  Ade je pompuan baik2 yang koje sapu sampah, cuci rumah orang ape sume tapi dia nak EASY MONEY.  Eh, tapi chuolz tau dak ekceli men sangat menghormati pelacor??  Strange but true.  Depe akan umpat dengan member2 kat belakang tapi bila berdepan memang wowzers sangat tundok hormat sebab pelacor ni dah kenal ramai lelaki.  Depe takot sangat kene gelak nanti.
Quote Kurex 7-11-2022 05:56 PM
Ni sesuai masuk bod kekeluargaan la sundellll
Quote matchstick 7-11-2022 05:58 PM
Plot drama samarenda ke ni..
Quote Nurul8001 7-11-2022 06:08 PM
Yang paling sial adalah bapaknya. Ko dah kahwin, ko tinggal bini terkontang kanting nak sara anak sensorang. Lepas tu, kedua sial adalah ko,sebagai anak, mak korban badan nak sara korang, sampai tak dapat pun beli apa yg dihajati.
Maknya pun mungkin sial juga lah, tapi no akhir2. Ntahla, banyak naw ke duit dapat jadi pelacur? Anaknya kata, mak nya pun tak dapat beli apa yg dihajati
Quote LoveSungmin 7-11-2022 06:14 PM
sial punya anak derhaka.. dasar tak tau diuntung..
Quote pooh~key 7-11-2022 06:17 PM
Akak okeh jah kalau maknya pelacur, anak pelacur, anak lelaki gigolo, cucunya mak hayam, dekkkkkkk! Lets make it a career segituh sis!
Quote doubleharmonic 7-11-2022 06:30 PM
apa maksud ahlongkang tu the world is small heshe got into the very same circle ? ko pon sama terjun bidang cikcurrr ke noreeennn

Quote ninja9 7-11-2022 06:31 PM
beberapa ratus tahun dahulu, atau seribu tahun dahulu mungkin ramai ajer yang keturunan pelacur pun... sebab dah tak ada yang tahu jadi mungkin bolehlah anggap memang keturunan suci murni gitew...  

sekarang ni dengan segala kebijaksanan, kehebatan kefahaman yang ada, cubalah sara adik-adik dua orang tu. nak jugak tengok macam mana abang dia yang paling suci dan murni di atas muka bumi ini sara hidup adik-adik dia..

... tapi yang paling melucukan, dia sendiri tak sanggup selamatkan adik-adik dia tetapi melarikan diri.

Pengecutnya berhadapan dengan cabaran hidup tetapi lari pulak... rupanya kemampuan dia cuma lari... untuk hidup suci murni sendiri pun tak mampu, mampu tumpang rumah kawan.. lepas tu nak selamatkan adik-adik kononnya pun tak mampu..

apa usaha yang dah ko buat untuk hidup suci murni? cuma setakat minta belas kasihan dengan netizen? siapa dah netizen yang bantu? sebab kalau ada netizen yang kata dia sangup tolong... maka akan ribuan puluhan ribu kes yang akan keluar? sangupker nak tolong semua...setakat ni cuma minta belas kasihan.. sangat2 lemah..

carilah kerja, sara hidup sendiri cara halal, bawa adik tinggal sama-sama.. aku nak tengok orang ni buat macam ni dahulu sebab nak tengok sejauh mana dia hendak memahami cabaran hidup...

pandang terus kehadapan sebab kelahiran didunia ini bukan boleh pilih boleh lahir dari keluarga mana, kalau lahir dalam keluarga suci murni tak ada keturunan pelacur sejak ribuan tahun dahulu baguslah...tapi yang pasti tak semua orang akan bernasib baik spt iut
Quote Kitty_catz 7-11-2022 06:32 PM
kalaulah anak2 yg makan rasuah, mensakau duit sana sini mempunyai perasaan yg sama mcm heols nehh


ni tak.. lg bangga ada lah... siap mecapub tak pueh ati bapak masuk penjara.. or bapak ada kes berderet kat mahkamah  pun lek2 menghanjing netijen..  ptui!
Quote doubleharmonic 7-11-2022 06:35 PM
Quote doubleharmonic 7-11-2022 06:35 PM
Quote Babai 7-11-2022 06:35 PM
Melacur adalah kerja orang malas. Nak duit mudah je.
Quote jazaa100 7-11-2022 06:42 PM
ninja9 replied at 7-11-2022 06:31 PM
beberapa ratus tahun dahulu, atau seribu tahun dahulu mungkin ramai ajer yang keturunan pelacur pun. ...

Komen yg bernas......

Maknya kawin umor 18thn....apalah yg dia tau...bila kena tinggal, terkontang kanting dgn anak².....


Quote dani-rox 7-11-2022 06:49 PM
kadang2 moralistic view of sexuality tak bole bg perut ko kenyang
Quote Skuau 7-11-2022 06:52 PM
kerja pelacur ni senang(luaskan kangkangmu...jer)...hasilnya cukup lumayan...
Quote Skuau 7-11-2022 06:54 PM
Kitty_catz replied at 7-11-2022 06:32 PM
kalaulah anak2 yg makan rasuah, mensakau duit sana sini mempunyai perasaan yg sama mcm heols nehh



depa kan pakai 'undang2 duniawi'.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.085635 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top