CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beli Sepapan Telur, Habis Semua Menetas Jadi Anak Itik Selepas Ditinggalkan Seminggu

7-11-2022 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1278| Komen: 3

Beli sepapan telur, bonus dapat anak itik sekali apabila ditinggalkan seminggu di sebuah inap desa, Pendang, Kedah.

Pemilik homestay yang dikenali sebagai Zakaria Nazir, 29, berkata pengalaman itu merupakan kali pertama buatnya sepanjang mengendalikan inap desa berkenaan.


“Hujung bulan 10 ada pelanggan menginap di rumah itu dan tertinggal sepapan telur itik kampung, katanya untuk umpan memancing.

“Dia meminta saya menyimpan telur berkenaan kerana akan kembali menginap disitu beberapa hari lagi. Ada bau pelik apabila saya buka rumah itu malam tadi, dan apabila saya lihat, kebanyakan telur tersebut telahpun menetas menjadi anak itik,” ujarnya sambil ketawa.


Difahamkan jumlah anak itik yang hidup adalah 13 ekor, manakala hanya tujuh biji sahaja yang tidak menetas.

Rata-rata di ruangan komen, orang ramai terhibur dengan video berkenaan dan tidak sangka telur tersebut boleh menetas menjadi anak itik walaupun hanya ditinggalkan dalam tempoh seminggu.



“Wow, rezekinya beli sepapan telur dapat banyak ekor itik. Boleh bela, nanti masa akan datang boleh dapat banyak lagi telur,” ujar @entahla.

Ada juga mempersoalkan bagaimana kejadian tersebut boleh terjadi, kerana kebiasaannya ibu itik akan mengeram sebelum telur boleh menetas.

“Biasa telur ayam beli di pasaraya tidak akan jadi ayam.. sebab telur itu tidak disenyawakan. Ini telur itik kampung, ada benih, sebab itulah hidup,” kata @aeidaaini. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 7-11-2022 06:40 PM
nak elak itik menetas senang je. tabur belerang hitam dengan rendam air garam
Quote rosedemon 8-11-2022 09:58 AM
abes yg telur2 lain mnetas gak ke. i eman telor yg kte beli ni kdg busuk je xdela smpai menetas
Quote _blackbird 8-11-2022 10:12 AM
rosedemon replied at 8-11-2022 01:58 AM
abes yg telur2 lain mnetas gak ke. i eman telor yg kte beli ni kdg busuk je xdela smpai menetas

telur yg jual kat pasaraya bukan telur subur mmg takkan menetas. nak telur subur kena ada ayam jantan.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.082544 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top