Tular di media sosial Twitter dan Facebook hari ini mengenai satu hantaran yang memaparkan Lah Ahmad, Cat Farish dan Noki K-Clique bergandingan dalam sebuah muzik video yang difahamkan untuk kempen promosi untuk sebuah parti politik.
Difahamkan lagu yang berjudul Cukup Sekali itu merupakan hasil terbitan Dato’ Shahrul Nasrun yang merupakan Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. Disebabkan itu ada pihak yang ‘menyeru’ penyanyi Altimet dan menggesa agar dia membuat satu muzik video ‘balasan’ untuk parti Pakatan Harapan pula. Sementara itu ramai juga yang tidak menyangka bahawa penyanyi dalam muzik video lagu Cukup Sekali itu kini tidak teragak-agak untuk menzahirkan pegangan mereka dalam bidang politik.
"Seronok tengok artis yang berani tunjuk sokong parti mana macam ni. Tapi biasanya yang sokong kerajaan je la berani tunjuk. Tak ramai artis yang berani tunjuk sokong pembangkang," komen seorang netizen. Bagi Altimet, dia tidak kisah apabila rakan artis mula menunjukkan kecenderungan terhadap sesuatu parti politik seperti berkempen dan membuat lagu promosi kerana ia menunjukkan tanda aras yang positif dari segi isu kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat. "Petanda kematangan kita sebagai negara berteraskan demokrasi." Katanya, meskipun berbeza haluan dari segi politik namun dia masih menghormati penyanyi-penyanyi lagu Cukup Sekali itu sebagai rakan artis dan teman seperjuangan dalam bidang seni. -CARI
|
ADVERTISEMENT