Enam beranak termasuk anak kecil terpaksa keluar dari rumah sewa dan hidup merempat selepas dihalau gara-gara tidak mampu melangsaikan tunggakan selama satu bulan.
Menerusi perkongsian di Facebook Kemelut Rumah Tangga, seorang pengguna bernama Wina Wani berkongsi kisah sedih dialaminya sehingga terpaksa menebalkan muka meminta bantuan saudara. "Bukan kami tak bayar sewa berbulan-bulan, hanya satu bulan tak bayar. Terus hari-hari datang desak suruh pinjam dengan orang cari duit untuk bayar, sebab kalau tak bayar sewa, dengan dia sekali kena keluar dari tempat tu.
"Dia yang tak bayar sewa rumah kami tiga bulan, kami pula yang kena fikir. Rumah yang kami sewa tu dia sewa dulu, selepas itu dia pindah lain suruh kami duduk sana. "Saya pun on saja masa tu sebab dekat dengan sekolah anak, tak penat sangat berjalan jauh. Tapi tak fikir pula jadi macam ni," ujarnya. Menurut wanita tersebut, mereka mempunyai kekangan kewangan kerana suaminya hanyalah seorang buruh, manakala dia hanya bekerja sebagai pembantu di gerai sebelum diberhentikan kerja. Disebabkan tidak mempunyai simpanan, Wani berkata mereka terpaksa menjual tong gas dan dua buah kipas untuk mencari wang bagi membeli tiket ke Nilai. Wina berkata dia dan suami kasihan melihat anak-anak yang masih kecil, namun bersyukur kerana kesemuanya seakan-akan memahami kesukaran yang sedang dihadapi. Meskipun sudah sebulan kisah sedih itu berlalu, wanita itu berkata malam ketika mereka terpaksa keluar adalah detik yang tak akan dilupakan sehingga bila-bila. Sumber: mStar |
"Dia yang tak bayar sewa rumah kami tiga bulan, kami pula yang kena fikir. Rumah yang kami sewa tu dia sewa dulu, selepas itu dia pindah lain suruh kami duduk sana.
Adrif replied at 7-11-2022 04:32 PM
aku pening
ADVERTISEMENT