CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Guna Google Translate Untuk Berkomunikasi

7-11-2022 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 927| Komen: 5

Seorang lelaki Britain yang mengahwini pelarian Ukraine selepas berkenalan menerusi laman sosial Facebook mendedahkan bahawa mereka menggunakan aplikasi penterjemahan, Google Translate untuk berkomunikasi, lapor akhbar The Sun kelmarin.


Luke Dickinson, 28, dan Vira Klimova, 37, berkenalan melalui kumpulan sembang Facebook yang diwujudkan untuk memberi bantuan dan nasihat kepada orang awam yang melarikan diri daripada pengeboman Russia.


Irish Mirror

Dickinson berkata, Klimova tidak memahami bahasa Inggeris dan dia perlu sentiasa menterjemah mesej yang dihantar oleh wanita itu.

“Klimova pula menggunakan Google Translate untuk menterjemah setiap mesej saya kerana dia tidak tahu bahasa Inggeris. Saya sangat menyukainya, jadi bahasa tidak lagi menjadi halangan,” kata Dickinson.

Dia sebelum ini menyertai beberapa kumpulan sembang untuk membantu mereka yang melarikan diri daripada serangan Presiden Vladimir Putin. 

Dickinson dan Klimova mula berbalas mesej secara kerap dan kadangkala, meluangkan masa sejam setiap hari untuk berhubung sementara menanti permohonan wanita itu untuk memasuki Britain diluluskan.

Klimova berkata, kediamannya rosak selepas tentera Putin mengebom sebuah bandar pelabuhan Laut Hitam pada Februari lalu. Setelah mengemas beg, dia melarikan diri ke Eropah bersama anak perempuannya, Karina yang berusia 15 tahun.

Mereka mengharungi perjalanan dua minggu yang menakutkan kerana terpaksa mengelak rondaan dan tembakan tentera Russia sebelum tiba di Moldova. Dua beranak itu kemudian diterima dalam skim penajaan pelarian Ukraine dan terbang ke Britain pada 6 April lalu.

Sebulan selepas melamar Klimova di London pada 23 Ogos lalu, Dickinson mengahwininya di Pejabat Pendaftaran Bristol sebelum mengadakan majlis resepsi bersama rakan dan keluarga sebelah suami di sebuah bar.

Pasangan itu berharap untuk berbulan madu di Poland di mana Klimova berharap Dickinson dapat bertemu dengan keluarganya di sana. 


Sumber: Kosmo





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 7-11-2022 03:56 PM
Dah cam orang bisu. Oklah janji bahagia.
Quote sharlenetexas 7-11-2022 03:56 PM
Dari segi rupa sekufulah tu.
Asalkan jangan jadi pencaras.


Quote orangbiasaje 7-11-2022 07:51 PM
Teringat kisah yg diorg jaga budak pelarian Ukraine, tup tup budak tu caras laki dia
Quote HabukBesi 8-11-2022 10:55 AM
boleh bikin drama 7ptg ni... "Cinta Google Translate"
Quote Lagubestbest 8-11-2022 11:13 AM
ezacbee: Dah cam orang bisu. Oklah janji bahagia.

boleh translate cakap la sekarang. Rekod cakap kemudian terus replay (translated) loudspeaker. Tapi translated tiada jaminan tak tersasar.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.031360 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top