Dua pengacara rancangan popular Wanita Hari Ini, Uyaina Arshad dan Fiza Sabjahan mencuit hati ramai selepas tular satu rakaman video menunjukkan kejadian lucu terjadi ketika rancangan popular itu bersiaran.
Menerusi rakaman berkenaan, Fiza tersasul berkata rancangan akan berehat seketika dan kembali sebentar lagi. Gaya penuh keyakinan Fiza membuatkan Uyaina terus membetulkan kesilapan rakannya itu di mana rancangan bukan berehat seketika, sebaliknya ia akan tamat di situ. "Haa, tapi kita sebenarnya dah habis (tamat rancangan) Fiza," kata Uyaina.
Fiza kemudian terpinga-pinga sebelum tidak dapat menahan tawanya. Melihat ruang komen, ada netizen mendakwa Fiza memang selalu 'buat hal'. Sumber: HCL |
ADVERTISEMENT