Perkongsian Iqbal di Instagram bersama Wafariena Roslan baru-baru ini berjaya meraih perhatian ramai. Difahamkan mereka berdua digandingkan bersama di dalam sebuah telemovie Pok Yie.
“Saya hilang kata-kata nak diungkapkan. Boleh siapa bantu?” tulisnya sebagai kapsyen.
Gambar-gambar tersebut telah mengundang reaksi positif netizen di mana mereka menganggap kedua-dua selebriti itu kelihatan sesuai serta sepadan bersama untuk menjadi sebagai pasangan. Siap suruh cepat-cepat kahwin!
Dalam pada itu, ramai yang kagum dengan sikap Iqbal yang sentiasa merendah diri dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki dirinya sendiri dan mendoakan agar dia menemui jodoh yang sesuai kelak. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|