CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hina Agama Dan Komuniti Sikh, Pemimpin Radikal Hindu Ditembak Mati Di Khalayak Ramai

7-11-2022 02:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 986| Komen: 5

New Delhi: Seorang pemimpin radikal Hindu ditembak mati di khalayak ramai di Punjab, utara India.

Sudhir Suri, 58, ketua kumpulan agama fundamentalis dikenali Hindu Shiv Sena, ditembak di Amritsar, kata polis tempatan.


Portal The Independent melaporkan, sebelum ini mangsa pernah dituduh membuat komen yang menghina agama Sikh dan komuniti Sikh.

Seorang pegawai kanan polis Arun Pal Singh memberitahu agensi berita, penyerang tiba di tempat kejadian dan menembaknya mati di khalayak ramai.


Foto: Agensi

Arun juga mengesahkan pemimpin radikal itu pernah ditembak beberapa kali.

Polis kemudian berkata, seorang pekedai tempatan, Sandeep Singh ditangkap berkaitan dengan tembakan itu.

Ketua Pengarah Polis Punjab, Gaurav Yadav, dipetik sebagai berkata oleh BBC, sesiapa yang berada di belakangnya dan sesiapa yang membuat konspirasi akan didedahkan dan mereka yang berada di belakangnya akan ditangkap.

Laporan tempatan mengatakan, mangsa membuat bantahan di luar premis kuil terhadap pengurusannya, untuk membantah dakwaan mencemarkan dewa Hindu apabila didatangi suspek dan melepaskan sekurang-kurangnya lima das tembakan.

Hanya sejam sebelum serangan ke atasnya, mangsa bertengkar dengan pihak pengurusan kuil Gopal Mandir berhampiran Jalan Majitha kerana didakwa mencemarkan berhala.

Polis kini giat melakukan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kejadian.

Sementara itu, pihak berkuasa juga meminta penduduk setempat untuk bertenang dan tidak tunduk kepada sebarang desakan umum. -CARI 

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bedah.Cun 7-11-2022 03:51 PM
Salaa kutta, abey betameez!!!
Quote anakmak 7-11-2022 04:01 PM
Apesal suka sibuk agama org lain
Banyak masa sangat ke
Quote Itzy 7-11-2022 04:23 PM
tu aku kata puak2 hindu kat india ni memang jahat, mereka ni la yg dok bunuh orang islam kat sana sesuka hati sekarang nak hina singh pula, salah tempat la. Singh tu pun perangai kafir juga, makan peluru la jawabnya.
Quote Perwira2022 7-11-2022 04:44 PM
Hindu dengan sikh ni banyak sangat beza ke? Dua2 tak makan lembu, kan?
Quote rosedemon 8-11-2022 09:56 AM
ko cari pasal mmg mendapatlah

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.036709 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top