CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Bungkus Diri Dalam Plastik Besar Sambil Makan Pisang Dalam Tren Cetus Tanda Tanya

7-11-2022 02:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 350| Komen: 0

Seorang wanita mencetuskan tanda tanya apabila membungkus dirinya dengan beg plastik besar sebelum makan pisang di dalam kereta api bawah tanah.

Penumpang bernama Wang bertindak merakam tingkah lakunya di dalam kereta api di Wuhan, wilayah Hubei, China, menurut portal Thepaper.cn.

Wang berkata, dia terkejut melihat wanita itu berada dalam beg plastik besar justeru terus merakam apa yang dilihatnya pada Isnin lalu.


Foto: Thepaper.cn

"Memang kes coronavirus sedang merebak di Wuhan, tapi pada saya apa yang dibuat wanita ini untuk melindungi diri agak melampau," katanya.


Video itu menunjukkan wanita berkenaan makan pisang sebelum meletakkan kulitnya ke dalam beg plastik kecil yang dibawanya.

Kebanyakan penumpang di dalam tren itu seolah-olah tidak memberi perhatian kepada wanita berkenaan.

Seorang wanita yang duduk di sebelahnya dilihat fokus bermain dengan telefon, manakala seorang lagi lelaki lain duduk bersandar dan dilihat melelapkan mata sebentar.

Seorang staf pengendali sistem metro bandar itu memberitahu Thepaper.cn bahawa, seperti bandaraya lain di China, penumpang dilarang makan di dalam kereta api bawah tanah.

"Sekiranya penumpang nampak orang lain makan dalam tren, mereka boleh menghubungi talian hotline dan kami akan menghantar staf untuk menghalangnya daripada makan," kata seorang kakitangan wanita yang enggan dikenali.

Insiden itu menjadi bualan hangat di media sosial China, dengan warganet berbelah bahagi sama ada mahu menyokong wanita itu atau tidak.

Tetapi ramai meneka wanita itu sedang sakit atau dalam proses rawatan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.086410 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top