CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Nyanyuk Tikam Isteri Lebih 20 Kali Sampai Mati

7-11-2022 02:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 578| Komen: 1

MADRID: Seorang lelaki warga Britain yang menghidapi penyakit Alzheimer didakwa menikam isterinya sebanyak lebih 20 kali sehingga mati di apartment mereka di Costa del Sol.


Terdahulu, lelaki berusia 80 tahun itu pernah ditahan tiga kali kerana melakukan penderaan domestik, namun tidak dikenakan pendakwaan atas alasan dia menghidapi penyakit nyanyuk.


Suspek menikam isterinya di rumah mereka di sebuah apartment di Costa del Sol, Sepanyol. Foto:Agensi

Kes pembunuhan itu terbongkar selepas isterinya yang berusia 69 tahun sempat menghubungi talian kecemasan dan memaklumkan suaminya menikam dia sebanyak empat kali sebelum panggilan terputus.


Polis Sepanyol kemudiannya tiba di apartment itu dan menemukan mayat mangsa terbaring atas lantai dapur dengan lebih 20 kesan tikaman, manakala suaminya yang disyaki melakukan pembunuhan itu terbaring atas katil.

Suspek ditanya beberapa soalan sebelum ditahan dan kini berada di bawah kawalan polis.

Media tempatan melaporkan, mangsa pernah membuat tiga laporan mengenai sikap pendera suaminya, namun hanya berdiam diri selepas laporan dibuat, menyebabkan polis tidak dapat mengambil tindakan lanjut.

Menurut seorang jiran, pasangan suami isteri itu sudah menetap di kediaman tersebut selama lebih 30 tahun.

“Polis pernah datang ke rumah itu sebelum ini akibat laporan keganasan domestik, namun ia hanya setakat itu, tiada sebarang tangkapan dibuat,” katanya yang enggan dedahkan identiti. -CARI

Suber: Utusan Online

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 8-11-2022 09:54 AM
buat2 nyanyukkk lettewwww

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.042405 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top