CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jho Low Gelar Najib Optimus Prime

7-11-2022 02:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1262| Komen: 14

KUALA LUMPUR: ‘Optimus Prime’ iaitu salah satu watak dalam filem aksi Transformers merupakan gelaran yang dirujuk kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dalam urusan pengendalian transaksi wang dalam akaun peribadi beliau di AmBank.


Gelaran itu yang digunakan oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Teak Jho atau Jho Low pernah disebut ketika perbicaraan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. melibatkan bekas Perdana Menteri.

‘Optimus Prime’ yang menggunakan singkatan ‘OP’ turut dibangkitkan pada perbicaraan rasuah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang didengar di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.


Foto: Utusan Online


Bekas Pengurus Perhubungan Ambank, Joanna Yu berkata, gelaran dan singkatan nama ‘OP’ itu digunakan oleh Jho Low ketika bertukar-tukar pesanan ringkas Blackberry dengannya.

Menurut Joanna, 51, Jho Low memberitahunya bahawa ‘OP’ mungkin akan menutup akaun peribadi beliau pada Disember 2014.

Nama gelaran dan singkatan itu dibangkitkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram ketika menyoal saksi pendakwaan ke-41 pada sesi pemeriksaan utama.

Sri Ram: Siapa ‘Optimus Prime’ atau ‘OP’ yang dimaksudkan?
Joanna: Jho Low beritahu ia adalah kod nama untuk Datuk Seri Najib.

Sri Ram: Adakah kamu rasa sangsi siapa ‘OP’ yang dimaksudkan?
Joanna: Tidak, ia adalah Datuk Seri Najib.

Joanna memberikan keterangan terhadap Najib, 69 yang menghadapi pertuduhan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung petang.

Najib didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon di sini di antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram di antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di lokasi sama.

Bekas Perdana Menteri didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Najib berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama, antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.

Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM 5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 7-11-2022 02:35 PM
kuat sakau tul najib ngan BN ni
Quote plywood 7-11-2022 02:36 PM
Optimus Prime penegak keadilan pembela manusia bukannya perompak.. bagilah gelaran Thanus kah, Joker kah ..  tak ada pendidikan moral jo low ni
Quote bulalof 7-11-2022 02:48 PM
mesti dia tak pernah tgk season 1 episode 1 cartoon transformers yg asal pd tahun 80an dulu.

sepatutnya gunalah nama star scream ke, unicron ke, habis2 yg org tau pun megatron.
Quote CiliPadiSedap 7-11-2022 03:10 PM
optimus prime bibir pink
Quote Simunggu 7-11-2022 03:56 PM
ini berita semasa kah ni???
Quote dani-rox 7-11-2022 05:00 PM

Quote iolss 7-11-2022 06:47 PM
ni bkn OP.. ni megatron
Quote Orix 7-11-2022 06:54 PM
Optimus Prime ??? Lebih pada Barney & Friends jah rupa
Quote Orenn1 7-11-2022 07:06 PM
Mcm2 lah kesahh najib yg tak kenalll jolo nii
Quote namr 7-11-2022 07:08 PM
diamlah piglet
Quote kemaruk 7-11-2022 07:10 PM
takde satu pon bukti najib bagi arahan dekat jho low supaya transfer duit songlap ke akaun peribadi
Quote kerunai 7-11-2022 07:11 PM
mmg cilaka BN rosak habis semua keturunan
Quote Firenzza 7-11-2022 09:03 PM
Undi la umngok utk bela jho lok oppss melayu
Quote rosedemon 8-11-2022 09:54 AM
undi lain asalkan bukan umngok

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.254483 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top