Salah seorang calon yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal apabila namanya dicalonkan di Parlimen Machang sebagai wakil parti PAS.
Namun dirinya dikutuk susulan ciapan lamanya di Twitter mengutuk PAS tular semula. Pastinya perkara ini tidak disenangi oleh sesetengah pihak terutamanya ketika PRU sudah pun semakin hampir. Susulan itu Wan Fayhsal telah pun memuat naik satu permohonan maaf secara terbuka di media sosialnya siang tadi dengan mengakui kesilapan yang telah terjadi. Ahli politik itu memohon maaf kerana telah menggunakan kata-kata kurang sopan sewaktu membuat ciapan tersebut dan mengakui amat menyesal dengan tindakannya. Ujarnya lagi, beliau akan terus bersama-sama parti tersebut untuk memperjuangkan keadilan serta kesaksamaan untuk rakyat Kelantan dan Malaysia mengikut syariat Islam. Di akhir perkongsian itu, Wan Fayhsal telah menyatakan segala yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari dirinya sendiri. -CARI
|
che-cikL replied at 7-11-2022 03:41 PM
Kenapa tak jadi calon Bersatu je?
ultra78 replied at 7-11-2022 06:22 PM
Dia memang calon Bersatu. Tetapi memandangkan dah buat keputusan di Kelantan dan Terengganu pakai ...
Suchi replied at 7-11-2022 04:10 PM
Aik dia masuk PAS plak ke? Aneh2 la ahli politk nih
Gasak korang laa
Cepatla 19hb nak selesaikan je ...
ADVERTISEMENT