CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selalu Tegur Baju Dan Tudung, Suami Nak Tengok Penampilan Seorang 'Puan Amirah' Berbanding Mira Filzah

7-11-2022 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8509| Komen: 63

Mira Filzah mengakui dia tidak pakar dalam berfesyen sebaliknya lebih menggayakan apa yang selesa sahaja.

Menerusi temu bual dalam sebuah program bual bicara, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman memberitahu selepas berumah tangga, suaminya juga akan menegur tentang penampilannya.


Foto: IG

“Bagi saya apa yang simple dan selesa itu dah menunjukkan saya tetapi bila saya pergi ke sesebuah acara saya juga akan guna khidmat penata gaya.

“Sekarang yang bagi pelepasan Emir lah. Dia selalu kata dia nak tengok penampilan seorang ‘Puan Amirah’ berbanding Mira Filzah.



“Dia ada bertanya “make up ada macam Puan Amirah tak hari ini”. Jadi dia faham penampilan saya macam mana.

“Kadang-kadang saya nak keluar, dia akan tegur “tudung bagi nampak macam Puan Amirah sikit”. Jadi saya pun faham maksud Puan Amirah itu seperti mana yang dia mahukan,” jelas Mira.



Mira juga menceritakan dia tidak gemar memuat naik sebarang hantaran ketika dirinya hamil anak pertama tahun lalu sehingga penampilan dikritik warganet namun tetap positif disamping suami tercinta.

“Ketika dalam proses awal kehamilan, saya tak suka post dalam media sosial ketika itu muka saya sedikit cengkung.

“Saya makin kurus ketika itu, muka cengkung, berat badan pun lambat naik walaupun saya tidak mengalami muntah-muntah.



“Sampaikan saya muat naik gambar di media sosial, sampaikan ada netizen kata “kenapa cengkung sangat ni? Tak bahagia lah tu”.

“Dalam hati saya ketika itu geram dan sebab itu saya tak suka media sosial ketika itu. Jadi benda sebegitu yang buat saya stress.

“Tapi syukur suami saya seorang pendengar yang baik. Saya rasa setiap kali saya luah sesuatu kepada dia, saya puas,” ujarnya.



Biarpun agak baharu dalam dunia seni hiburan, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu meluahkan rasa syukur dengan apa yang dikecapi kini dan menganggap kemahsyuran seseorang bergelar selebriti tidak akan kekal lama.

“Walaupun saya tidak terlalu lama dalam industri saya selalu ada pemikiran yang saya rasa puas dan syukur.

“Dalam tempoh 4 tahun ini, saya rasa syukur dengan apa yang saya capai sebab sebelum saya bersalin saya cakap “boleh ni berlakon lagi” tetapi bila tengok anak saya jadi lebih berjaga-jaga.



“Saya juga ada isu kepercayaan dengan orang lain lagi-lagi hal berkaitan anak.

“Dunia kemahsyuran itu tidak kekal lama. Anak, suami dan keluarga yang kekal selamanya.

“Kadang-kadang saya berfikir untuk terima sesuatu tawaran, apa pun saya hanya tawakkal dan Insya-Allah semuanya akan okey,” katanya.



Mira Filzah mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir pada 3 September 2020.

Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Wan Khair Amir yang kini berusia hampir 7 bulan. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 7-11-2022 12:54 PM
Kenap dia makin kurus ya?? Suka tgk time dulu2…bila kurus sgt, macam sakit pun ada juga
Quote eyansss 7-11-2022 12:57 PM
nak tiru yang terpaling jugak ke?  hahaha…
Quote Hoshhi 7-11-2022 01:13 PM
Quote nakkomenjugak 7-11-2022 01:33 PM
kalau dah cik mira dengan puan mira sama jeeee bajunyaaaa
kau nak macam mana lagi nokkkssszz
selubung ala2 lembaga??
Quote prince_marhaen 7-11-2022 01:38 PM
kalau gitu jangan bagi puan basic jadi retis lagi...dunia seni pun tak begitu memerlukan pelakon monotone watak sama.... sebanarnya ko masih belum mampu nak tanggung bini kan walaupun anak orka??kannn...
Quote hanihan16 7-11-2022 01:39 PM
macam vivy pulak yg baju ijau tu
Quote CikYaYaYa 7-11-2022 01:41 PM
Lamaa dahh xkuar citer sal si basic nie. Macam tenggelam sikit diaa nie lepas beranakk
Quote bynroslan 7-11-2022 01:44 PM
puan amirah tu camne? kena nampak macam matang la gitu? xleh bergaya2 sangat ke maksud laki dia tu?
Quote TerataiMelur02 7-11-2022 01:46 PM
CikYaYaYa replied at 7-11-2022 01:41 PM
Lamaa dahh xkuar citer sal si basic nie. Macam tenggelam sikit diaa nie lepas beranakk

Baguslah kalau tenggelam terus.
Lakonan sheols pun bukannya best. Gedik je lebih.
Quote szairmz 7-11-2022 01:50 PM
Puan Amirah? Character Puan Amirah ni konon2 ala ala org have have ke? Hahaha
Quote lasagna 7-11-2022 01:52 PM
anak comel. ok tu jer nk komen.
Quote ekselen 7-11-2022 01:54 PM
Laki ko muka cam dah berusia mira oiii...nampak kepam2 jgk hehehehe
Quote airmineral 7-11-2022 01:55 PM
SalenaGomez: Kenap dia makin kurus ya?? Suk ...

sbb breastfeed kot
ke dia da mix fm? hihi


tp anak dia comeellll
gmbr ceria i likee
Quote Nham22 7-11-2022 01:56 PM
Geli laa..  Apela aku sampai skrg rase depa mcm xsesuai...
Quote bankerpencen 7-11-2022 01:56 PM
Puan Amirah tak payah semak2 berlakon mahupun mengacara je la. Peram je dekat rumah…
Quote stingergrumpy 7-11-2022 02:03 PM
lasagna replied at 7-11-2022 01:52 PM
anak comel. ok tu jer nk komen.

Songkok takda yg fit keww?
Quote pembacagosip 7-11-2022 02:03 PM
anak dia comey
Quote Rogue98 7-11-2022 02:12 PM
Ni jenis lelaki yg taknak bini lebih dpd suami. Tapi masa nak cari isteri nak yg cantik n glamour.
Quote cruz2 7-11-2022 02:13 PM
Puan Amirah tu ala ala one step lg nk di panggil gelaran Datin Amirah kot

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.042463 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top