CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Mana Parkir Kami,"-Penduduk PPR Seri Semarak Berang!

7-11-2022 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4528| Komen: 63

Kuala Lumpur: Masalah parkir di Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, Setapak di sini semakin kritikal terutama selepas pembinaan beberapa kondominium di kawasan berdekatan.


Penduduk bukan sahaja kehilangan parkir mereka yang dianggarkan lebih 400 petak disebabkan pembangunan sekitar, malah disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Isu parkir yang seharusnya dapat diselesaikan itu kini dilihat seolah-olah tiada jalan penyelesaian apabila janji yang diberikan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pemaju dibiarkan tanpa noktah.

Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) PPR Seri Semarak, Ahmad Faizul Muhamad Hasdi, 62, berkata, hampir kesemua 63 PPR atau PPA di Kuala Lumpur memiliki parkir bertingkat sendiri tetapi tidak di PPR Seri Semarak.

Foto: Harian Metro


"Sebelum ini, penduduk dijanjikan parkir bertingkat, namun sehingga kini belum dibina lagi.

"Kini, tapak untuk parkir bertingkat sudah ditukar kepada Pusat Komuniti atas sebab tertentu, bagi kegunaan penduduk awam di seluruh Setiawangsa.

"Sekarang Pusat Komuniti sudah lama siap dan berada di bawah Pengurusan Jabatan Perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Namun, di mana mana hak (parkir bertingkat) kami yang DBKL janjikan," katanya yang masih menunggu maklum balas daripada PBT.

Lebih mengecewakan katanya, parkir kenderaan sangat terhad dan kritikal ketika ini, terutama selepas DBKL mengizinkan pemaju, SkyWorld menguruskan kawasan parkir yang digunakan sebelum ini untuk dibina jalan raya empat lorong.

Menurutnya, pihak SkyWorld sudah menjanjikan pembinaan parkir di atas padang hak milik JMB, PPR Seri Semarak, malah surat keizinan sudah dikeluarkan.

"Pengurusan SkyWorld juga sudah membuat pembentangan di Jabatan Perancangan Bandar DBKL dengan semua pihak termasuk persatuan penduduk dan JMB.

"Tetapi perkara ini sudah berlalu terlalu lama dan sehingga kini belum ditunaikan.

"Khabarnya mereka hendak membatalkan janji untuk membina kawasan parkir ini," katanya.

Ahmad Faizul berkata, masalah parkir ini boleh diselesaikan sekiranya DBKL dan SkyWorld mengotakan janji mereka.

"DBKL juga sudah memutuskan keseluruhan pengurusan akan diserahkan kepada JMB yang baru dilantik dan tarikh yang disasarkan pada 31 Disember ini atau selewat-lewatnya 31 Januari 2023.

"Jadi, kami meminta kepada DBKL menyiapkan serta melengkapkan dulu semua isu fasiliti dan infrastruktur di PPR Seri Semarak sebelum penyerahan dilakukan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Seri Semarak, Azmi Abdul Aziz, 58 berkata, antara faktor lain yang menyumbang kepada isu parkir adalah sikap pentingkan diri segelintir penghuni yang membiarkan kereta tersadai di tempat letak kenderaan bertahun-tahun hingga menyusahkan ramai pihak.

Menurutnya, banyak aduan sudah dibuat kepada DBKL, tetapi DBKL memberi alasan depoh simpanan kenderaan mereka tidak mencukupi.

"Terdapat kira-kira 110 kereta yang lama tersadai dan wajar segera ditunda keluar.

"Sekiranya ini dapat dilaksanakan segera, sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan isu parkir kami dan paling penting kami mohon kepada DBKL, tolong laksanakan pembinaan parkir bertingkat di PPR Seri Semarak ini," katanya.

Azmi berkata, selain itu didapati banyak juga kenderaan orang luar yang menumpang parkir di kawasan PPR Seri Semarak, termasuk pelawat dari projek kondominium bersebelahan.

Katanya, ada juga orang luar yang meletak kenderaan di kawasan itu, kemudian menaiki kenderaan awam di stesen bas atau LRT berhampiran.

PPR Seri Semarak mempunyai lima blok bangunan 17 tingkat (iaitu Blok B,C,D,E,F) dan setiap blok terdapat 316 unit rumah dengan keseluruhannya sebanyak 1,580 unit.

Bilangan penduduk pula hampir 8,000 orang (purata lima orang setiap rumah) dan kereta persendirian hak milik penduduk yang aktif pula sekitar 3,000 kenderaan yang mana jumlah parkir yang ada sekitar 1,200 petak. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iolss 7-11-2022 01:50 PM
parking ppr vc parking skyworld..xlama lg begaduh berebut parking tepi jln..skyworld esp skyawatni pon parking bg 1 lot jak..
Quote SWORKS27 7-11-2022 02:21 PM
1 rumah 4 kereta..yeayyy..mana parkir kami !!!
Quote venom1 7-11-2022 02:33 PM
salahkan bank sebab luluskan loan kereta beratus2 setiap hari.
Quote copy_paste 7-11-2022 02:36 PM
iolss replied at 7-11-2022 01:50 PM
parking ppr vc parking skyworld..xlama lg begaduh berebut parking tepi jln..skyworld esp skyawatni p ...

1 lot je ke,selalunya condo mewah paling kurang 2 lot bagi tiap unit
Quote harkktuih 7-11-2022 02:39 PM
Patut registration kete limit 1 rumah 2 bijik kete.. Ni tak.. 1 rumah smp 3 4 bijik.. Mana nak cukup parking..
Quote bulalof 7-11-2022 02:39 PM
begitulah lumrahnya hidup di KL.

sesiapun pemimpin yg dipilih bukan mereka peduli pun. isu sebegini pun tak mampu nak tangani kerana tak mendatangkan hasil kat poket sendiri.
Quote Decaffeinated 7-11-2022 02:41 PM
Tarik subsidi petrol la bodoh

Quote drivethru 7-11-2022 02:55 PM
Banyak kereta yg dah rosak/tak pakai dah. Penduduk sendiri yg menyusah kan penduduk lain.
Quote jazaa100 7-11-2022 04:01 PM
"Kini, tapak untuk parkir bertingkat sudah ditukar kepada Pusat Komuniti atas sebab tertentu, bagi kegunaan penduduk awam di seluruh Setiawangsa."

Bior betul.....tak de le org setiawangsa nk gi setapak tu oiii.....
Quote matseh 7-11-2022 04:20 PM
Swap saja tanah PPR tu dgn developer utk buat menara/opis tower atau shoping complex.
Gantikan dgn tanah di Hulu atau kuala selangor, buat flat 25 tingkat. Dgn parking bernombor.
Habis cerita.
Nak duduk dlm KL, cerita pasai parking. Satu hari org yg duduk nilai, senawang,  byr RM15 sehari. kat KL, byr tol lagi. Dah la miskin, lps tu nak senang. Sbb apa, sbb kami B40. Cuba pi duduk saujana putra nun. Kelaur rumah pukul 6, byr tol byr parking.
Ni duduk dlm pusat bandar, kerja di pusat bandar, x habis2 merungut.  
Quote iolss 7-11-2022 06:21 PM
copy_paste replied at 7-11-2022 02:36 PM
1 lot je ke,selalunya condo mewah paling kurang 2 lot bagi tiap unit

Iye..skyawani tu 1rmh 1 parking lot je..rege bkn murah2 300k gak..
byk la condo la ni 1rmh 1 parking je.. dlu2 je jual skli 2/3 lot parking.
la ni sume nk cut cost... org xnk dok jauh, jauh berulang g blk keja..nak xnak, beli la rumawip..
tu je mampoo nok (300k mampooo la sgt).. tp pastu bgaduh lak psl parking
Quote Babai 7-11-2022 06:24 PM
Golongan hanat ni semua benda dia nak free. Yang terpaksa menanggung ialah pembayar cukai macam kita.
Quote shernazz 7-11-2022 06:31 PM
Baru 1580 unit rumah ni dah bergaduh gini gaya..
Cuba yang m vertica tu dah full...agak2 mcmana plak.gaduhnya ek..
3000+ unit tuuu
Quote rosedemon 8-11-2022 09:52 AM
siannnn yg misekin trus tertindas
Quote copy_paste 10-11-2022 11:29 AM
iolss replied at 7-11-2022 06:21 PM
Iye..skyawani tu 1rmh 1 parking lot je..rege bkn murah2 300k gak..
byk la condo la ni 1rmh 1 park ...

owhh rumahwip, mmg la 1 lot je,mana2 mmg mcm tu,rumah selangorku, rumahwip,ppam mmg semua dpt 1 lot,apartmnt biasa je,
kalau condo yg ada pelbagai fasiliti dah mmg wajib 2 lot paking,
Quote wanokakaka 10-11-2022 11:48 AM
copy_paste replied at 10-11-2022 11:29 AM
owhh rumahwip, mmg la 1 lot je,mana2 mmg mcm tu,rumah selangorku, rumahwip,ppam mmg semua dpt 1 lo ...

yeke.. i rumah selangorku dapat 2 lot parking.
Quote rikiruj 10-11-2022 11:51 AM
Parkir bertingkat kena bayo boh.. bukan pree… nak ke penduduk ppr ni bayo? Rental & maintenance fee pun culas..
Quote cmf_premierleag 10-11-2022 11:55 AM
Patutnya ppr ni dibina dekat dgn stsn lrt mrt supaya penggunaan pd kereta dpt dikurangkan
Tp ye la kan..town planner dan dbkl kan bodoh bangsat mana pikir psl environtment sustainability sume nih.
Quote shernazz 10-11-2022 11:59 AM
cmf_premierleag replied at 10-11-2022 11:55 AM
Patutnya ppr ni dibina dekat dgn stsn lrt mrt supaya penggunaan pd kereta dpt dikurangkan
Tp ye la k ...

Tak paham.town planner kena bayo duit tepi ke apa...
Mcm.tak terkawal oembangunan kat belah sana..semak rasa...
Iols.yang skali.skala dah semak..apatah lagi yang dok di sana...aduhai...kesian nengoknya

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.035651 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top