Oleh Fyruz Hanna
Pernah terfikir tidak, bagi lelaki-lelaki mengapa pada usia lanjut masih lagi tidak menjumpai cinta sejati. Masih lagi mencari- cari cinta padahal pada usia mereka itu ramai yang sudah berkeluarga, sudah mempunyai anak dan paling tidak telah menjalinkan hubungan yang serius. Masalah ini sebenarnya bukan masalah baru namun boleh kita singkapkan kepada 9 sebab mengapa LELAKI susah nak dapat awek: 1. Terlalu memilih Terlalu memilih ini boleh menjadi penyakit jika seseorang tidak terlalu rigid di dalam pemilihannya. Demi untuk mengikut sangat pilihan hati, kadang-kadang sehingga tak logik pula kriteria yang menjadi pilihan.
Kata lelaki A : Dah banyak awek yang duk usha aku tapi sorang pun tak berkenan di hati ni. Susah jugak nak cari yang sesuai dengan kita.
2. Takda kereta Walaupun tak semua awek itu melihat kepada kebendaan namun memang tak ada kereta untuk zaman ini sesuatu yang dianggap penyebab mengapa lelaki 'tak berkereta' dipandang sepi. Kata lelaki B : Kalau takde kereta nanti perempuan tak nak jadi awek kita..katanya jatuh standard la kalau naik bas.
3. Pernah dikecewakan Jika seseorang lelaki pernah dikecewakan, secara automatisnya, lelaki berkenaan akan menjadikan pengalamannya sebagai salah satu panduan untuk mereka mengelakkan mereka dikecewakan lagi. Kata lelaki C : Perempuan suka mengecewakan lelaki..pantang nampak lelaki kaya dan hensem terus tinggalkan kita.
4. Asyik kena reject Lelaki memang diciptakan dengan ego, bukan sahaja lelaki wanita juga mempunyai ego. Dan jika sentiasa di'reject' seharusnya lelaki akan berfikir banyak kali sebelum memulakan langkah untuk mengorat wanita. Kata lelaki D : Masuk yang ni dah 5 kali aku kena reject..tak tahulah apa yang perempuan cari kat lelaki sebenarnya.
5. Takut hati terluka Kata lelaki E : Takut la nak bercinta nanti terluka lagi..sedih bro, seminggu takde selera nak makan nasi asyik teringatkan dia.
6. Dah jumpa yang berkenan tapi milik orang Kata lelaki F : Dah jumpa ciri-ciri wanita idaman tapi dia dah berpunya..takkan nak rampas hak orang punya kot.
7. Perempuan tu banyak teman lelaki Kata lelaki G : Suka kat dia tapi dia banyak teman lelaki..nampaknya kita ni duk lam waiting list dia jer la.
8. Tak sama taraf Kata lelaki H : Dia tolak cinta aku sebab katanya taraf tak sama..dia ada degree aku pulak ada sijik SPM je.
9. Kita suka tapi dia tak suka pulak Kata lelaki I : Bro, perempuan suka mempermainkan hati lelaki yang suka kat dia..dia cakap suka kat aku tapi bila mintak couple, kita ni sekadar kawan je katanya.
Terbaca status seorang blogger perempuan di facebook. Katanya "Perempuan menangis ditinggalkan lelaki itu perkara normal. Lelaki menangis ditinggalkan perempuan ruginya perempuan itu". So, apa kata korang? -CARI Infonet.
sumber:nicknashram
|
7
Bagus |
5
Marah |
23
Terkejut |
10
Sedih |
9
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT