AHLI kumpulan V.E. iaitu Fakhiz cemas apabila bayi perempuannya yang baharu berusia dua bulan mengalami keracunan makanan sehingga terpaksa ditahan di Hospital Shah Alam sejak Isnin lalu.
Fakhiz berkata, anaknya, Jauza Hanania pada awalnya hanya mengalami muntah dan cirit birit namun selepas keadaannya bertambah teruk dia dikejarkan ke hospital. "Pada awalnya dia hanya mengalami cirit birit dan muntah tetapi tidak serius, bagaimanapun apabila muntahnya bertukar warna seperti najis pada Isnin lalu membuatkan saya bimbang dan terus membawanya ke hospital. "Masa sampai di hospital dia sudah mengalami dehidrasi dan perlu dimasukkan air selain doktor memulakan rawatan antibiotik terhadapnya," katanya kepada mStar. Fakhiz berkongsi mengenai anaknya itu ketika ditemui selepas konsert minggu kelapan program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) pada malam Ahad. Dalam pada itu, Fakhiz memberitahu apa membuatkan dia lebih bimbang, Jauza mula tidak memberi respons selain enggan minum susu yang diberikan selain matanya kelihatan kuyu dan lemah. Katanya, doktor memberitahu akibat keracunan makanan tersebut, bahagian usus anaknya mengalami jangkitan kuman selain kandungan gula dalam darah turut merosot. "Tapi selepas diberi minum susu melalui tiub, Alhamdulillah dia mula beri tindak balas yang baik," ujarnya. Fakhiz menambah, doktor yang merawat anaknya memaklumkan keracunan makanan itu berpunca daripada pencemaran air yang digunakan untuk membancuh susu. "Doktor kata berpunca daripada air dan banyak kes macam ini dekat hospital dan dia turut menyarankan agar air yang digunakan untuk membancuh susu sebaiknya direbus terlebih dahulu," katanya. Sementara itu, Fakhiz mengakui disebabkan bimbang tentang kesihatan anak kesayangannya, tumpuan terhadap persembahan di GV9 turut terganggu. Namun dia menguatkan semangat apatah lagi mengenangkan isteri yang perlu menjaga anak ketiga mereka itu yang masih dirawat di Hospital Shah Alam. "Isteri yang jaga daripada awal, berjaga malam. Dia yang menghadap lagilah terasa. Sakit bersalin pun tak hilang lagi. "Saya pesan padanya apa pun jadi, baik atau buruk, kena reda," katanya. Pun begitu, dia turut berterima kasih atas sokongan rakan-rakan V.E. yang memberi semangat kepadanya untuk meneruskan persembahan dengan baik. Malah, pada persembahan lagu berjudul Rozana nyanyian asal Search, V.E. mendapat tempat kedua dengan markah sebanyak 80.40 peratus daripada juri profesional. -CARI Sumber: mStar Online
|
MatDeghem replied at 7-11-2022 12:29 PM
macam mana eh baby 2 bulan kena keracunan makanan? minum susu basi ke? Atau botol susu kotor?
fadz84 replied at 7-11-2022 12:59 PM
air yg amik dari water dispenser cm cuckoo, coway tu pun kena rebus semula ke?
doubleA: Lebih baik rebus, tapi kalau usus anak tahan ok kot. Air cuckoo coway tu suhu panas dia dlm 80-90 degree, suhu air didih 100 degree yg bunuh bakteria. ...
doubleA replied at 7-11-2022 01:14 PM
Lebih baik rebus, tapi kalau usus anak tahan ok kot. Air cuckoo coway tu suhu panas dia dlm 80-90 ...
doubleA replied at 7-11-2022 01:14 PM
Lebih baik rebus, tapi kalau usus anak tahan ok kot. Air cuckoo coway tu suhu panas dia dlm 80-90 ...
harisbee replied at 7-11-2022 01:31 PM
lah ye ke....org beli penapis air tu nak buat susu la....x larat nak jerang air selalu
fadz84 replied at 7-11-2022 01:45 PM
Patutlah kalau kita bancuh air panas, kejap je dh jd suam.. x Sama ngn air panas yg kita jerang gu ...
beatgirlX replied at 7-11-2022 12:38 PM
Dlm article tu mention punca pencemaran daripada air yg nak bancuh buat susu...
Dia either air ata ...
ADVERTISEMENT