CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tawaran KJ Jadi Juruhebah Sungai Buloh Dapat Sambutan Menggalakkan

7-11-2022 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 873| Komen: 6

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin menawar diri menjadi juruhebah bagi pengundi di kerusi berkenaan.

Menurut Khairy, seorang wakil rakyat perlu menjadi individu yang mampu menyampaikan suara pengundi untuk dibawa ke Dewan Rakyat, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri.

“Ahli Parlimen mesti ada platform yang boleh memperjuangkan isu mereka dan saya menawarkan platform saya kerana bila saya cakap sesuatu mungkin akan dapat perhatian daripada kementerian, agensi dan pihak berkuasa tempatan.


FB KJ

“Jadi, saya menawarkan diri untuk menjadi seorang juruhebah atau jurucakap bagi rakyat Sungai Buloh,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada Program Kacau Wajik Durian di Kampung Paya Jaras Tengah, di sini semalam.


Jelasnya, pertemuan beliau dengan penduduk Paya Jaras misalnya mendapati pelbagai permasalahan dibangkitkan mereka termasuk tapak pasar malam, pembinaan masjid dan status geran tanah.

“Mereka memerlukan sokongan daripada Ahli Parlimen yang apabila bercakap orang akan ambil perhatian dan saya harap pengundi Sungai Buloh memberi saya peluang dan saya berjanji akan menggunakan suara saya untuk anda.

“Saya harap apabila saya bercakap pihak berkuasa berkaitan akan duduk (melihat permasalahan) dan mengambil perhatian,” katanya.

“Alhamdulillah setakat ini sambutan sangat baik,” katanya.

Parlimen Sungai Buloh bakal menyaksikan pertandingan tujuh penjuru melibatkan Khairy (BN), R. Ramanan (PH), Mohd. Ghazali Md. Hamin (PN), Mohd. Akmal Mohd. Yusof (GTA), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan Nurhaslinda Basri serta Syed Abdul Razak Syed Long Alsagof masing-masing calon Bebas. Untuk rekod, Parlimen Sungai Buloh merupakan kerusi campuran yang disandang Sivarasa dari PKR sejak 2008 dan PRU lalu beliau memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti besar 26,634 undi. 


Sumber: UTUSAN 





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apalancut 7-11-2022 12:28 PM
kalau bukan janji2 manis bukan ahli politik namanya.
Quote sangbara2020 7-11-2022 12:28 PM
lom dpt...dh dpt sok...fhm2 jele
Quote CiliPadiSedap 7-11-2022 01:29 PM
dengar jelah. percaya jauh sekali
Quote Orix 7-11-2022 01:30 PM
MySejahtera 70juta tetap dlm ingatan
Quote kakigojes 7-11-2022 01:32 PM
Errr. Bukankah itu tanggungjawab seorang ahli Parlimen?
Quote Orenn1 7-11-2022 01:33 PM
Bila ko dah dpt kuasa ko ugut pulak rakyattt phuiii

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.030001 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top