CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah 40 Tahun Jaga Sakit, Lelaki 81 Tahun Tolak Isteri Berkerusi Roda Ke Dalam Laut Sebab Letih

7-11-2022 12:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1478| Komen: 13

Seorang lelaki berusia 81 tahun telah ditahan polis kerana didakwa membunuh isterinya.

The Jurusalem Post melaporkan, kejadian yang berlaku pada 3 November lepas menyaksikan lelaki tersebut menolak isterinya yang berkerusi roda ke dalam laut.


Suspek yang dikenali dengan nama Hiroshi Fujiwara dari Oiso, Jepun telah pergi ke rumah anak sulungnya dan mengaku membunuh isterinya, 79 tahun. 

Suspek ditahan selepas si anak membuat laporan polis.


Foto: Asahi

Berdasarkan soal siasat, suspek dikatakan telah membawa isterinya bersiar-siar di kawasan jeti selama beberapa minit sebelum dia bertindak kejam dengan menolaknya ke dalam laut. 


Menurutnya dia nekad bertindak sedemikan kerana terlalu letih menjaga isterinya yang berkerusi roda sejak 40 tahun lalu.

Menurut sumber, mayat mangsa kemudian ditemui dalam keadaan terapung oleh seorang nelayan.

Berita tersebut mengejutkan penduduk Jepun, namun ramai mengatakan bahawa kejadian itu mendedahkan situasi sebenar yang dihadapi sebilangan warga emas di negara itu. 

Oleh kerana tidak mendapat bantuan, mereka akhirnya terpaksa menjaga pasangan yang juga warga emas. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sangbara2020 7-11-2022 12:31 PM
kejamnya...
xleh ke bg racun sikit2...lama2 jd bukit...
tu la org jantan...susah sikit xleh...bodow piang
Quote Supersirap 7-11-2022 12:33 PM
Di mana sifat kasih-sayang antara suami isteri?
Quote prettyuglybabe 7-11-2022 12:53 PM
jaga orang sakit ni bukannya senang..
dia dah jaga for 40 years kot..
bayangkan betapa penatnya bila dia pun tua..
mana sangat la daya yang tinggal..
nak tolak kat anak, anak-anak pun sure ada family sendiri untuk dijaga..
kalau kaya lain la cerita boleh amik nurse or hantar nursing home..
Quote Suchi 7-11-2022 12:55 PM
Kenapa dia tak terjun sekali dah tak memasal kena masuk penjara plak.
Sama gak perit hidup cuma tak perlu uruskan bini la kot.
Quote Simunggu 7-11-2022 02:10 PM
ada org 91 thn pun boleh jadi PM...
Quote kaoru44 7-11-2022 02:24 PM
40 tahun tu lama..kesian jgk dkt pak cik tu..haihh..
Quote eyansss 7-11-2022 02:44 PM
dah burnout sangat ni… mentally, physically, emotionally…  bukan senang nak jaga orang sakit ni, mostly yang takleh bergerak sendiri…
Quote tompie 7-11-2022 02:46 PM
Suchi replied at 7-11-2022 12:55 PM
Kenapa dia tak terjun sekali dah tak memasal kena masuk penjara plak.
Sama gak perit hidup cuma tak  ...

duduk penjara senang.. makan tanggung berak cangkung. Ada orang tengokkan. Kalau duduk rumah sorang2 mati kering pun orang tak amik tahu
Quote ellejo 7-11-2022 02:46 PM
40 taun tu, separuh umur dia habis jaga bini dia. kes ini ai simpati takmau cerca.
Quote plywood 7-11-2022 02:48 PM
cinta sejati antara pasanga dah tak ada... sekarnag ni yang manusia boleh bercinta sampai tahap cinta sejati cuma duit
Quote rosedemon 8-11-2022 09:52 AM
sian atok tu separuh umornya jaga org sakit
Quote juruterra 8-11-2022 10:05 AM
prettyuglybabe replied at 7-11-2022 12:53 PM
jaga orang sakit ni bukannya senang..
dia dah jaga for 40 years kot..
bayangkan betapa penatnya bila ...

Panjang umur bininya walaupun berkerusi roda. tp jaga OKU/org tua/org sakit mmg tak senang. Saya yg cuma jaga mak(yg masih bole jln slow2) pun kdg2 rasa tak bebas....weekend kita nk keluar2 tp kena pikir dia yg tinggal kat umah, makan minum dia... adik beradik lain buat bodoh saja. gitu la kehidupan
Quote batmana 8-11-2022 10:51 AM
Pmpn melayu yg jaga somi 3thun pn bercerai apetah lagi 40thn
Patutnya si bini bagilah somi kawin lain..dpt madu..biar terurus sket

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.114283 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top