Butterworth: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim secara bergurau berkata bahawa Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi orang pertama 'demam' sekiranya beliau mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri selepas menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu bagaimanapun mendoakan kesihatan Dr Mahathir kerana pemimpin itu pernah menjadi sekutu PH. "Beliau (Dr Mahathir) menjadi orang pertama yang akan 'demam' kalau saya mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri pada 20 November nanti. "Bagaimanapun, saya tetap mendoakan beliau sentiasa sihat," katanya ketika berucap pada Jelajah Mega Harapan Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini, malam tadi.
Anwar berkata, selama ini beliau sudah banyak bersabar dengan bekas Perdana Menteri itu namun dilihat Dr Mahathir terus mencampuri urusannya. "Paling terbaru beliau (Dr Mahathir) tidak menyokong PH kerana kata kita bekerjasama dengan Zahid (Presiden UMNO). "Bila saya berbincang dengan Zahid? Bila saya cakap begitu (pakatan antara PH dan UMNO)? Jika ada mana buktinya?," katanya. Dalam pada itu, Anwar di hadapan ribuan penyokongnya menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengadakan sebarang pakatan atau rundingan bersama calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding untuk kerusi Parlimen Bagan Datuk itu. Tegasnya, dakwaan yang dilemparkan kepadanya adalah berbentuk fitnah semata-mata.-CARI Sumber: Harian Metro
|
LoveSungmin replied at 7-11-2022 12:09 PM
semakin gila orang tua ni.. semoga kekal sebagai pm tepi selamanya
AWEKSAMURAI replied at 7-11-2022 01:20 PM
MAHATHIR nak demam? Takat Nuar tu celah taik gigi dia je sdgkan George Bush dlu pun steady je dia ma ...
Perwira2022 replied at 7-11-2022 01:38 PM
Maunya Tun tak demam.... Nuar naik jadi PM memang siaplah Tun sekeluarga & kroni2 akan dibogelkan ha ...
Orix replied at 7-11-2022 01:44 PM
kalau boleh bogel, najib dah lama buat kt atok dekkk... mimpi ajelah kau.... silap2 rahsia bangnon ...
Perwira2022 replied at 7-11-2022 01:50 PM
Najib tak seevil Bang Non... Jahat2 Najib, dia sebenarnya lenbut hati & mudah kesian kat orang. La ...
ADVERTISEMENT