Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui kualiti vokal nyanyiannya sedikit terganggu selepas dijangkiti Covid-19 kira-kira tiga bulan lalu.
Gara-gara jangkitan itu, Siti berkata dia mengalami masalah nafas pendek ketika menyanyi, sedikit sebanyak turut memberi kesan semasa konsert Music of The Soul: An Evening with Datuk Seri Siti Nurhaliza pada Sabtu. "Covid-19 memang beri kesan sebab penafasan saya jadi pendek. Sebagai penyanyi, sudah tentu suara adalah aset penting. Ada kalanya menyukarkan saya mencapai nada tinggi bagi sesebuah lagu," katanya kepada mStar. Bagi mengembalikan semula stamina seperti dahulu, Siti berkata dia kini bergiat aktif dalam sukan Muay Thai.
|
prince_marhaen replied at 7-11-2022 01:40 PM
Oklah daripada nek ani yang satu lagu pun semput sampai 'berehat' masa nyanyi medley haritu...3 lagu ...
fadz84 replied at 7-11-2022 01:53 PM
Tulis kat artikel atas ni dia nyanyi 17 lagu + duet ngn Awie 1 lagu.. ada tmbahan 22 lagu lagi ye?
ADVERTISEMENT