CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dakwa TMJ Punca Kemalangan! Kereta Dihimpit Ke Tepi Sampai Langgar Divider Semata-Mata Nak Bagi TMJ Lalu

7-11-2022 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6181| Komen: 61

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil menafikan dakwaan seorang lelaki yang mengatakan keretanya terlibat dalam kemalangan kecil gara-gara perlu memberi laluan kepada pengiring kenderaan TMJ semalam.


Lelaki tersebut di laman Twitternya berkata, dia terpaksa berhimpit ke kanan jalan sehingga kenderaannya bergesel dengan pembahagi gara-gara mahu memberi laluan kepada pengiring kenderaan TMJ ketika jalan raya sesak.

Foto: Twitter

“Tadi tengah ‘traffic light’ sesak, tiba-tiba bunyi siren, jadi kereta mengelak dan berhimpit ke kanan, dan aku pun ke kanan sekali sampai tergesel ‘divider’ tepi jalan, sekali yang lalu TMJ , ingat kecemasan apa lah.


“Ni kalau hantar insurans mahu sebulan dekat dalam, hantar bengkel tiga empat hari dah siap, tapi aku ni pengusaha kantin, kereta kalau sebulan tak ada, nak bagi makan apa dekat staf, mungkin bagi dia benda remeh, tapi kereta ni bagi makan tiga orang yang berkeluarga,” dakwa lelaki itu.




Bagaimanapun, TMJ tidak berdiam diri apabila tampil membalas ciapan itu dan menegaskan dia berada di rumah dan tidak keluar ke mana-mana semalam.

TMJ juga menasihatkan pemuda terbabit supaya tidak menyebarkan kenyataan berbaur menghasut memandangkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bakal diadakan tidak lama lagi.



“Salam Encik. Nak buat cerita pun agak-agaklah. Saya tak keluar rumah pun hari ini.

“Saya faham PRU (Pilihan Raya Umum) dah dekat, tetapi taktik menghasut dan menipu tidak akan selesaikan masalah-masalah rakyat. Banyak lagi cara positif lain yang lebih efektif,” katanya.

Lelaki tersebut tidak membalas ciapan dibuat TMJ, malah dakwaannya di Twitter juga masih belum dipadam. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bbalik 7-11-2022 11:21 AM
dk felda mana pakai baju ping itewww
Quote JoyahSepoting 7-11-2022 11:24 AM
Apa kena mengena dia nak libatkan PRU? Jd calon utk Parlimen ke?
Quote venom1 7-11-2022 11:31 AM
nak mintak kereta baru la tu hehe
Quote Orix 7-11-2022 11:36 AM
apa kena mengena nk PRU dgan dia ? dia calon PRU mana
Quote tri-max 7-11-2022 11:38 AM
mungkin TMJ maksudkan jgn pitnah2 sbb da musim PRU kan pitnah sama naik dgn air banjir
Quote krustykrab 7-11-2022 11:40 AM
Cer carik cctv..
Quote SalenaGomez 7-11-2022 11:42 AM
krustykrab replied at 7-11-2022 11:40 AM
Cer carik cctv..

Atau dash cam kan
Quote Mulotkoyak 7-11-2022 11:52 AM
Susah kalo nk cr gaduh ngn sudu emas perak bagai.
Quote gigahertz 7-11-2022 11:55 AM

kereta TMJ ni no plate dia pun TMJ jugak kan ?
Quote ezacbee 7-11-2022 12:03 PM
Nape ko ke tepi sangat.. ooo takut bergesel dgn 'sang helang' lagi susah.

Kawan aku pun penah kena bergesel gara2 'sang helang' nak lalu di tengah2 kesesakan lalu lintas. Dulu ada friendster je, jadi akulah tempat dia mengadu.
Quote Kurex 7-11-2022 12:05 PM
Iols pun tak ke tepi sangat kalau bagi ambulance lalu. Ni mesti kau dah dengar siren, lepas tu mata kau asyik pandang empunya kenderaan apa yg lalu kan????
Quote KamikuP 7-11-2022 12:20 PM
Taktau sapa yg betol sapa yg tak betol biut skrg ni
Quote lasagnaklcc 7-11-2022 12:26 PM
Kalau ambulans lalu pon still kena bagi laluan jugak. Yg brader rapat sgt ke devider kenapa?
Quote AbukRokok 7-11-2022 12:27 PM
JKG 103 ni pengecut sgt kenapa yg ko himpit sampai berlaga divider? gabra melampau selayaknyalah dek xreti nk relax2 duk rumah je jgn merayau sdrian dgn kenderaan
Quote AbukRokok 7-11-2022 12:30 PM
aku dlu sampai polis trafik tahan depan kereta suruh berhenti sbb jagung nak lalu ke apa
siap muka xpuas hati
Quote Nham22 7-11-2022 12:37 PM
Eh tapi mmg kereta pengiring topui ni ganas sikit... Haritu kat tgh2x Bukit bintang depa nak lalu... Oiii situ punyela sesak banyak kete weekend..ko dr jauh dah bunyi siren kuat2x.. Sampai 10 biji depan.. 10 biji belakang...apooooooooooooooo
Quote Supersirap 7-11-2022 12:40 PM
Jika ada video kejadian tersebut lagi chantek
Quote myvi132806 7-11-2022 12:50 PM
Confirm ke tmj ? Ntah yb mana kot ?

Kesiaaannn....ujung2 rakyat marhaen jugak yg kena hadap...
Quote jfq 7-11-2022 01:10 PM
Tah2 dak2 tmj yg melaram pakai kereta bos ahaks

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-9-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.171476 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top