CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Buko Rasa Macam Pungkoq," Buat Reviu Sampai Hina Makanan, Mimik Muka Macam Orang Saji Tahi!

7-11-2022 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6508| Komen: 90

Sebut sahaja nama Kiedacrepe, pasti rata-rata netizen serta penduduk di utara tanah air maklum mengenai kedai pencuci mulut viral yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang.


Namun baru-baru ini, nama Kieda Crepe terpalit dengan kontroversi susulan tular sebuah video memaparkan seorang lelaki dan rakan-rakannya membuat reviu beberapa pencuci mulut yang dibeli dari kedai berkenaan.

Dalam video yang disifatkan sebagai 'reviu jujur' itu, mereka dilihat menghina beberapa jenis makanan yang dibeli dengan membuat gaya serta mimik muka yang kurang beradab.



Malah salah seorang daripadanya menyamakan makanan tersebut seperti bau 'pungkoq', merujuk kepada punggung dalam bahasa utara.


"Kami beratur empat jam baru dapat masuk... berpeluh macam orang gila. Kita tengok berbaloi atau tidak," ujar lelaki yang dikenali sebagai Faiz Roslan.

Dia dan rakan-rakannya kemudian bergilir-gilir mencuba pencuci mulut seperti puding buah, dadih sedut, minuman, koktel serta beberapa jenis kek, dan kemudian membuat kesimpulan.



"Berbaloi atau tidak, aku rasa macam... kami dari jauh teringin nak rasa. Tapi apabila datang dapat makanan macam ni rasa 'kurang' sikit la.

"Buko rasa macam pungkoq," demikian kata salah seorang rakannya di dalam video tersebut.

Namun selepas menerima banyak kritikan daripada netizen, Faiz mewakili rakan-rakannya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap pemilik Kieda Crepe, Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda.

"Saya dah WhatsApp personal untuk permohonan maaf kepada Kieda mengenai reviu yang agak melampau atau tersalah reviu. Untuk vendor di sana pun kami nak minta maaf," ujarnya.



Menurut Faiz, dia dan rakan-rakannya sama sekali tidak terlintas untuk menjatuhkan bisnes wanita tersebut melalui reviu berkenaan.

"Bukan semua tak sedap. Ada yang sedap juga, korang boleh tengok semula video tu. Mengenai puding karamel buah yang basi tu, saya tak cakap basi dari Kieda.

"Mungkin sebab kami dah makan sebelum tu, kemudian balik tu baru sambung buat reviu sebab itu ia basi," jelasnya.

Dalam masa yang sama, Faiz berkata ekoran kontorversi tersebut, dia tidak akan membuat apa-apa reviu makanan pada masa akan datang.




Berkenaan ugutan daripada netizen yang diterima susulan video reviu tersebut, Faiz berkata dia akan membuat laporan polis.

Sementara itu, Kieda turut tampil mengulas mengenai kontroversi tersebut menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok pada Ahad.

"Jangan jatuhkan dengan menghina makanan, dengan buat mimik muka seperti orang saji tahi kepada anda.

"Yang lahir dalam keluarga susah akan hargai makanan depan mereka walau nasi dengan garam. Yang kaya memang tak hargai benda itu," ujar Kieda. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 7-11-2022 11:01 AM
ni namanya bengap…  kalau betul tak sedap, bagi komen dengan berhemah…  sebab selalu je tak sedap kat tekak ko tapi sedap kat tekak orang…  bagi la review yang membina so orang tu boleh improve masakan dia…
Quote eragon 7-11-2022 11:03 AM
Staged. Marketing strategy ni….
Quote cikatilia 7-11-2022 11:38 AM
kakak tu mesti selalu makan punkoq
Quote krustykrab 7-11-2022 11:42 AM
Ko penah cium pungkok sesapa ke?
Quote white_musk 7-11-2022 11:46 AM
Buko yang makanan pencuci mulut yang terkenal di Filipin itu kah?
hmmm budak yang hina makanan itu belum kena lagi dengan netizen Filipin ya...

Quote Artemesiaa 7-11-2022 11:51 AM
Bila berniaga zaman sekarang ramai je kena macam ni.  Persiagan makinn kuat pejual lagi ramai dari yang membeli jadi macam2 taktik mereka gunakan
Quote Suchi 7-11-2022 11:59 AM
Kenapa skrg viral balik mknn yg dh penah hype gak 10-15 tahun dulu?
Zaman blogger mendonia ramai duk buat crepe ni dgn iols2 sekali pun buat tp tak penah abis.
Muak semua tak suka sgt mkn. So mmg takde apa special pun.
Buko tu tak penah mkn tp dia beza skit berbanding koktail buah tu kan?
Skrg dedua ni tgh mendonia, kat bangi ada yg jual koktail buah cedok2 sendiri je nk buh byk mana buah tu. Harga rm10.

Iols percaya mmg kebanyakkan dessert tu biasher2 je rasa sbb yelaa vendor tu biasanya acik2 yg buat kat umah hantar kat kedai tu.
Ada yg buat sedap ada yg rasa plain gula je so takleh nk harapla semua sedap.
Quote manehnya 7-11-2022 12:05 PM
eleh yg kedai tu pun xleh langsung kena sentuh... penjilat ramai...

Quote Kurex 7-11-2022 12:06 PM
Pondan kan... So????
Quote Nurdianah 7-11-2022 12:07 PM

Quote manehnya 7-11-2022 12:08 PM
Suchi replied at 7-11-2022 11:59 AM
Kenapa skrg viral balik mknn yg dh penah hype gak 10-15 tahun dulu?
Zaman blogger mendonia ramai duk ...

overrated jah... padahal byk lg kedai bawah yg jual cuma tak bising kt socmed

takde apa special pun
tp the kedai, claim krepe dia terpaling , klu beli kt lain x sama dgn sheols guna recepi sendirik...

aku bkn apa, kesian tgk yg beratur2 tu, dr pukul 11 pg dah terpacak ... bg aku yg terlalu bz ni mmg tidak le.. masa terlalu berharga, bleh dpt benda yg sama kt kedai lain, x yah beratur..

sllu aku p beli makanan kucing kt situ.. akan lalu kedai diani...
Quote esbok 7-11-2022 12:09 PM
yang sebut bukan kawan kat belakang ka?
Quote KamikuP 7-11-2022 12:23 PM
Bodo kan si Faiz dan kawan2 dia tu.. tu lah kan influencer ni kebanyakannya penganggur jadi meolss rasa hidup depa penuh dengan kesediham walau luraan tampak gumbira.. kesian.. sedih
Quote fealefea 7-11-2022 12:27 PM
x sedap sekalipon komen la elok2 utk org baiki. kalau makanan tu rasa pungkok terok sgt tu. tu makanan bhai. komen biar membina. x semua org rasa sama.
Quote margo20 7-11-2022 12:27 PM
Pungkoq expert nih
Quote ell2026 7-11-2022 12:32 PM
motif buat review ramai2 dgn kawan2 berdiri tercegat kat belakang tukang sebok nak enterframe..pastu nak merasa pas2 sorang2...euw gelilah sharing2 camtu ramai2..patut 2 3 org dahla...senduk food dalam piring then rasa la msg2...yg depan tu muka ala2 macho sekali buat review mcm bitch
Quote ilacantik 7-11-2022 12:34 PM
Nasib lah meols anti dengan makanan2 viral. Kalau tau je kedai tu kedai viral, meols terus cancel. Tak suka tempat ramai orang.
Quote ipanimanz1 7-11-2022 12:36 PM
manehnya replied at 7-11-2022 12:08 PM
overrated jah... padahal byk lg kedai bawah yg jual cuma tak bising kt socmed

tp the kedai, claim ...

excuse me. btui ka resepi sndiri? atau resepi bljaq pjj dlm fb nun pastu claim dia punya resepi? berlambak resepi pjj dlm fb
Quote lasagnaklcc 7-11-2022 12:37 PM
Nak review tapi bahasa kasar. I tgk muka dia pon ala2 makcik bawang mengumpat.

Lagi satu mknn kat kiedacrepe ni takleh bagi bad review... Mesti kena hentam. I kenot lah pentaksub sgt ni. Semua benda nak back-up.

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.063374 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top