CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nenek 56 Tahun Lahirkan Cucu Sendiri

7-11-2022 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1455| Komen: 14

WASHINGTON – Seorang wanita di negeri Utah, Amerika Syarikat berjaya melahirkan cucunya apabila menjadi ibu tumpang kepada anak lelakinya sendiri, lapor akhbar New York Post.


Nancy Hauck, 56, melahirkan cucu perempuannya, Hannah pada Rabu lalu. 

Dia menjadi ibu tumpang kepada anaknya, Jeff, 33, dan menantu, Cambria, 30, yang menjalani histerektomi (pembedahan buang rahim) selepas kelahiran traumatik pasangan kembar kedua mereka.


Foto: IG

“Semuanya berjalan dengan sempurna dan kami berasa sangat bertuah kerana memilikinya (Hannah) dalam keluarga kami,” kata Nancy kepada majalah People selepas kelahiran itu.


Nancy berada di bilik bersalin selama sembilan jam. Dia menyifatkan pengalaman itu sebagai ‘luar biasa dan kerohanian’, tetapi ‘merasa sedikit sedih akibat perpisahan’.

Jeff bertemu Cambria sebelum wanita itu memasuki tahun akhir sekolah tinggi. Pasangan muda itu bergelut selama enam tahun sebelum menyambut kelahiran kembar pertama, Vera dan Ayva, kini 4 tahun, serta Diesel dan Luca, kini 13 bulan, melalui rawatan Persenyawaan in Vitro (IVF).

Mereka kecewa apabila mengetahui Cambria tidak dapat lagi melahirkan anak dengan selamat selepas dia dinasihatkan untuk menjalani pembedahan histerektomi pada September 2021.

Nancy ketika itu menawarkan diri untuk menjadi ibu tumpang kepada anaknya. Dia memulakan rawatan hormon pada Januari lalu dan menyuntik dirinya setiap hari selama 12 minggu dengan bantuan bapa Jeff, Jason, 59.

Nancy disahkan hamil pada Februari lalu sebelum melahirkan Hannah yang dikandung selama sembilan bulan pada Rabu lalu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 7-11-2022 10:50 AM
"..rawatan hormon pada Januari lalu dan menyuntik dirinya setiap hari selama 12 minggu dengan bantuan bapa Jeff, Jason, 59.
"..

entah-entah tersuntik adik kau sekali Jeff.... kau feeling tu anak kau..
Quote tobobon 7-11-2022 11:00 AM
anak dah 4 pun masih nak beranak?

x cukup ker 4 orang...dasar b40 meleis sangat!!
Quote pekanwoohoo 7-11-2022 11:45 AM
Ni kalau faraid kira macamana ni?
Quote Artemesiaa 7-11-2022 12:16 PM
Bukan kes pertama ada je kes sama pernah dilapurkan sebelum ni
Quote whimsicalmusic 7-11-2022 12:31 PM
Nmpk masih segak nenek n atuk ni..tp still anak die br 13 bln da nk anak lain? Xckup ke dua pasang da tu
Quote Supersirap 7-11-2022 12:34 PM
Tahniah diucapkan
Quote margo20 7-11-2022 01:38 PM
Mst budak tu depress bila besar nnt dgr cerita siblings yg lain elok je dr mak dia tiber dari nenek
Quote Oroi8887 7-11-2022 02:45 PM
kesian anak tu, tka tau mana mak mana nenek ahaha
Quote greantea 7-11-2022 02:49 PM
huru hara keturunan.
ibu ku, ibu tumpang anak ku.
cucu ku, anak ku.
nenek ku, ibu ku.
Quote plywood 7-11-2022 02:53 PM
ibu tumpang ni cuma kandung.... telur dan sperma yang dah cantum dari suatu pasangan kan, spt pasangan anak dan isteri dia di atas
Quote Chah21 7-11-2022 03:27 PM
56 ke 66 tahun ni
Quote card_reader 7-11-2022 03:31 PM
jadi keluarga 69....anakku cucuku
Quote doubleharmonic 7-11-2022 03:32 PM
apak nya nampak lagi helok dari jeff gundu tembam
Quote rosedemon 8-11-2022 09:48 AM
org yg xreti hukum agama begitulaaaa

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.118281 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top