CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Mengaji Cabul Budak Bawah Umur 20 Kali

7-11-2022 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 854| Komen: 2

Seorang guru mengaji di Indonesia disoal siasat oleh pihak polis kerana didakwa mencabul seorang pelajar bawah umur.

Mangsa didakwa dicabul sebanyak 20 kali dalam tempoh dua tahun di sebuah institusi pendidikan agama di Daerah Grabagan.

Kes itu terbongkar kerana mangsa sering menangis dalam pelukan ibu bapanya selepas pulang mengaji.

Melihat perangai pelik mangsa, ibu bapanya mula risau, apatah lagi dia tidak berani menjawab apabila ditanya.


Gambar Hiasan
  
Ketua Unit Siasatan dan Jenayah Polis Tuban, AKP M Gananta berkata, ibu bapa mangsa bimbang dengan perubahan tingkah laku kanak-kanak itu yang sering menangis apabila pulang mengaji.


Suami-isteri itu kemudiannya menemui bukti perbualan mengenai perbuatan terkutuk tersebut selepas memeriksa telefon bimbit milik mangsa.

"Daripada telefon bimbit mangsa, ibu bapanya menemui perbualan berkaitan perbuatan pelaku yang melakukan hubungan seks dengan anaknya," katanya pada Sabtu.

Hasil siasatan polis, pelaku diketahui pernah melakukan hubungan seks dengan dua murid yang menjadi pelajarnya selama dua tahun. - CARI

Sumber: mStar/Kompas

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 7-11-2022 04:47 PM
Goblok dan caprut berpisah tiada
Quote rosedemon 8-11-2022 09:47 AM
perkara biasa dah x tkejut cikgu ngaji pangai setan

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.036391 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top