CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Monyet Culik Bayi Dari Pelukan Bapa, Bawa Naik Atas Bumbung Dan Campak Ke Bawah Sampai Mati

7-11-2022 10:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1628| Komen: 15

Seorang bayi maut selepas dilarikan seekor monyet liar di Uttar Pradesh, India, pada Julai lalu.

Bayi berusia empat bulan itu dirampas daripada bapanya sebelum monyet tersebut membawanya naik ke sebuah rumah tiga tingkat.


Ketika kejadian, si bapa sedang berjalan dan secara tiba-tiba seekor monyet merampas bayi yang berada dalam pelukannya.

Selepas dibawa ke kawasan tinggi, monyet itu membuang bayi berkenaan ke bawah.


Gambar Hiasan

Bayi tersebut ditemui mati selepas terjatuh dari kawasan tinggi.


Kejadian melibatkan monyet liar semakin meruncing di Uttar Pradesh.

Penduduk mendakwa kumpulan monyet memasuki bangunan kediaman dan komersial untuk mencari makanan dan menyerang manusia.

Menurut laporan, lebih 1,000 orang telah mendapatkan rawatan anti-rabies sejak Julai selepas cedera dalam serangan monyet.

Khamis lalu, seorang lelaki maut selepas terjatuh dari bumbung ketika diserang sekumpulan monyet.

Insiden itu dilaporkan berlaku di kawasan Dunka di Bareilly.

Mangsa dikenali sebagai Mukesh Kumar sedang tidur di atas bumbung pada waktu malam apabila sekumpulan monyet menyerangnya.

Ketika dia cuba melarikan monyet, lelaki berusia 40 tahun itu hilang keseimbangan dan jatuh ke tanah.

Kumar yang mengalami kecederaan parah di kepala dikejarkan ke hospital dan meninggal dunia semasa rawatan. - CARI


Sumber: mStar/India Times

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 7-11-2022 10:43 AM
dahh...kata sembah-sembah, siap bagi makan, bagi tinggal kat kuil, buat macam kasta tinggi daripada manusia... hujung-hujung anak kau kena hempas..so ironi..
Quote prince_marhaen 7-11-2022 10:44 AM
"Ketika dia cuba melarikan monyet, lelaki berusia 40 tahun itu hilang keseimbangan dan jatuh ke tanah.
"

... melarikan monyet ke manaaaa haaaaaaa
Quote bbalik 7-11-2022 11:25 AM
gamak bapak dia berserah utk tohan monkey mereka
Quote CiliPadiSedap 7-11-2022 01:41 PM
kasihan baby jadi mangsa akibat sembahan manusia. tu belum lagi monyet bontot merah duduk atas traffic light accident kereta sebab driver perempuan berhenti lampu merah!!
Quote dudaberhias 7-11-2022 01:46 PM
reda je lah... ada 1 billion lebih manusia dekat sana kan...
buat anak lain je agittewwww  bagi cecah 2 billion populasi pulak...
Quote matamata 7-11-2022 01:53 PM
Ini jenis kera ni... Besar2... Taring pun panjang
Quote Decaffeinated 7-11-2022 02:29 PM
Thread percubaan menimbulkan kebencian pada monyet

Quote kepompong 7-11-2022 02:36 PM
kesian baby… adekah monyet tahu perangai utter pradesh lantas menamatkan riwayat bayi2 terpilih agar tidak di besarkan dalam suasana toxic???? we know very well what happened there, yg terbaru mangsa rogol beramai2 yg cedera berebut2 semua org nak ambik video dia, bukan nak selamatkan pun, sampai ada forumner kata kalau tak dirogol oleh lelaki2 yg ambik video tu pun dah cukup thankful
Quote copy_paste 7-11-2022 02:38 PM
kalau kat malaysia ni dah lama kena tembak sekor2 dgn pbt,
Quote greantea 7-11-2022 02:40 PM
kesian baby tu
Quote plywood 7-11-2022 02:42 PM
aku tak baca artikel, tapi kalau dah serang manusia serang baliklah... bunuh satu-satu goreng makan
Quote bulalof 7-11-2022 02:45 PM
meanwhile kat malaysia ramai yg beli anak2 monkey secara haram utk dibuat pets. bila dah besar, bertaring dan nak mengawan, menjadi buas, di buang ke hutan tanpa monkey tu tau skill utk hidup.
Quote KamikuP 7-11-2022 04:49 PM
prince_marhaen: "Ketika dia cuba melarikan monyet, lelaki berusia 40 tahun itu hilang keseimbangan dan jatuh ke tanah."... melarikan monyet ke manaaaa haaaaaaa :l ...


Melarikan monyet ke wartawan carik

Quote rosedemon 8-11-2022 09:45 AM
pangai babik punye monyet
Quote sekngucing 8-11-2022 09:50 AM
matamata replied at 7-11-2022 01:53 PM
Ini jenis kera ni... Besar2... Taring pun panjang

itu beruk bukan kera
kalau di kelantan kami guna buat panjat pokok.kelapa

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.042775 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top