CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah Terbakar, Pengasuh Nekad Redah Asap Tebal Selamatkan Bayi Tiga Bulan

7-11-2022 09:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1490| Komen: 10

Kuala Lumpur: Seorang pengasuh nekad meredah asap tebal sambil mendukung bayi lelaki berusia tiga bulan bagi menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran rumah di Jalan Raja Muda Musa, yang terletak berhampiran pintu gerbang Kampung Baru di sini malam ini.


Robiah Abdul Raof, 38, berkata ketika kejadian dia bersama bayi yang dijaganya berada di dalam rumah sebelum terlihat asap di bahagian atas.


Foto: BOMBA KL

"Ketika itu, bayi sedang tidur dan saya segera keluar menyelamatkan diri tanpa sempat membawa pakaian atau dokumen pengenalan.

"Keadaan ketika itu api sedang marak (di tingkat atas) dan asap banyak tetapi saya nekad untuk selamatkan diri dan bayi yang saya asuh sejak tiga bulan lalu.


"Ketika kejadian, ibu bapa bayi itu sedang bekerja," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Robiah masih trauma namun bersyukur kerana bertindak pantas menyelamatkan dirinya dan bayi itu.

Abdul Rahman Maarif, 65, pula berkata, rumah miliknya di premis itu menempatkan sembilan pekerja beliau yang bekerja di sebuah kedai makan berhampiran.

Beliau mendakwa kebakaran itu berpunca daripada litar pintas susulan keadaan rumah yang sudah berusia 60 tahun.

"Sebelum ini, pekerja ada beritahu ada masalah wayar dan saya sudah baiki tetapi kali ini, jadi sekali lagi sebelum berlaku kebakaran malam ini," katanya.

Dalam kejadian pada 8.19 malam itu, sebuah premis kediaman yang mempunyai lima pintu rumah musnah dalam kebakaran.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 7-11-2022 10:07 AM
Aiol yakin pengasuh ini tidak gemok.
Quote dua_chzy 7-11-2022 10:07 AM
Dah google gambar. Memang slim.
Quote sangbara2020 7-11-2022 10:28 AM
tepek le..senang org nk nengok tanpa mengugel..byk lak kijo jdnye haiii
Quote Mamajiyem 7-11-2022 10:30 AM
Alhamdulillah
Quote dua_chzy 7-11-2022 10:42 AM
Malas. Carik sinri.
Quote acikku 7-11-2022 10:54 AM
alhamdulillah..3 bulan sebaya anak acik
Quote orion_pax 7-11-2022 01:41 PM
Bravo buat kak robiah..
Quote Decaffeinated 7-11-2022 03:03 PM
Baca tajuk macam acik ni masuk rumah redah asap cari baby.

Baca cerita macam bukan ja.

Apapun terima kasih jugalah bawa baby sama2 masa lari keluar.

Quote KamikuP 7-11-2022 04:54 PM
Bagus pengasuh ni. Mohon naikkan bayaran asuh bayi
Quote rosedemon 8-11-2022 09:41 AM
semoga sorga buat acik

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.157635 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top