Pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad kini menjadi bualan netizen gara-gara mengajuk juri jemputan, Raisa yang memberikan kritikan kepada peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) menggunakan bahasa Inggeris. Selaku pengacara rancangan tersebut, Nabil Ahmad digesa menghormati juri jemputan itu dengan berhenti mengajuk penyanyi tersebut yang lebih selesa memberikan kritikan menggunakan bahasa Inggeris. Menjengah gelanggang Twitter, ramai dalam kalangan pengguna platform media sosial tersebut melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad yang gemar berseloroh berhubung perihal terbabit, lapor Kosmo. “Bila Nabil ajuk Raisa cakap Inggeris, baru aku sedar benda ni berlaku di mana-mana sahaja. “Dari budak-budak kecil di sekolah, universiti dan bahkan di tempat kerja pun atau dalam kalangan rakan-rakan dan famili, kalau ada yang jenis suka ‘speaking’, mesti ada yang suka ajuk macamlah benda itu pelik,” ujar seorang pengguna Twitter. Sementara itu, ramai netizen yang meminta Nabil menjaga adab mengendalikan program realiti nombor satu tanah air tersebut. “Kesian dia (Raisa). terus masam muka. Saya berharap Raisa okey dan tak ambil hati sangat,” demikian antara ciapan ‘pedas’ ditinggalkan netizen. Terdahulu, Nabil meninggalkan komen berseloroh terhadap Raisa yang memiliki hampir 40 juta pengikut Instagram berbunyi: “Menyesallah tu ‘speaking’ English tadi kan Raisa.” Raisa atau nama sebenarnya, Raisa Andriana, 32, sememangnya selesa berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sementelah fasih berbahasa Indonesia dalam kehidupan sehariannya. Terdahulu, GV9 membuat kejutan dengan menjemput penyanyi lagu Usai Di Sini itu selaku juri jemputan konsert minggu kelapan malam ini. Ini merupakan pengalaman pertamanya menjadi juri jemputan dalam pertandingan program hiburan di Malaysia, termasuk sepanjang tempoh penganjuran GV. Jadi, adakah tindakan Nabil mengajuk juri tersebut bercakap dalam bahasa Inggeris suatu perkara yang tiada adab atau bercakap dalam bahasa Inggeris di acara berprestij yang ditonton rata-rata rakyat Malaysia pelbagai golongan umur juga suatu yang tidak seharusnya? Apa pendapat korang? - CARI |
wikedsaikel replied at 7-11-2022 03:47 AM
Malu la orang tu. Yg producer pon perlu ke jemput Raisa kalau tahu dia akan cakap omputeh. YT dah ad ...
kitmal replied at 7-11-2022 07:01 AM
Tak hormat tetamu..........sebab dah rasa diri dah Gah
Themilo replied at 6-11-2022 11:31 PM
sapo Raisa? oh, yang nyanyi terkucil kat AIM hari tu... layak jadi juri? keh keh keh keh...
mamaneesa replied at 7-11-2022 07:47 AM
lorrr...jd isu ke? dh mmg nabil tu kaki bahan kot...pastu bknnya dia ajuk slang indon yg nak terasa ...
fiezameysekali replied at 7-11-2022 07:50 AM
Kn...setuju..xde rase terhina pun die nganjing in bi tu...netijen ni nk seyes manjang je lah:curse ...
mamaneesa replied at 7-11-2022 07:54 AM
i siap impressed nabil blh trus ckp english spontan pastu...xde terkemam kemam aaa aaa aaa
net ...
Suchi replied at 7-11-2022 07:38 AM
Raisa ni sapo?
Jarang lak acik indo suka ckp omputeh
ADVERTISEMENT