CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Main Atas Tembok Batu Sebelum Terjun, Mulut Budak 7 Tahun Berbuih-Buih Tenggelam Di Pantai Puteri

4-11-2022 06:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4391| Komen: 26

MELAKA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun dikhuatiri lemas di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini, hari ini.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Tangga Batu tiba di lokasi kira-kira 3.50 petang tadi bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat.

Difahamkan kanak-kanak tersebut dipanggil ‘Ashraf’ keluar bermain bersama tiga rakannya yang lain selepas menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran.


Wanita dipercayai ibu mangsa (berbaju merah) tidak dapat menahan sebak selepas mengetahui anak bongsunya dikhuatiri lemas di Pantai Puteri, Melaka.Foto: Kosmo

Menurut salah seorang rakan mangsa, dia dan kanak-kanak tersebut telah pergi ke pesisiran pantai berkenaan dan bermain di atas tembok batu di gigi air.

“Saya dah pesan dekat (Ashraf) jangan main jauh-jauh tetapi tiba-tiba terjun dari tembok dan saya nampak mulutnya berbuih-buih sebelum tenggelam.

“Saya panik dan terus menjerit meminta tolong,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sehingga pukul 4.40 petang tadi operasi mencari mangsa masih dijalankan.

Ibu mangsa yang merupakan ibu tunggal turut berada di lokasi. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 4-11-2022 06:55 PM
Budak umor 7 taon disuroh gi solat Jumaat.  Yaasalam...
Quote .HannahMontana. 4-11-2022 06:58 PM
Edited by .HannahMontana. at 4-11-2022 07:02 PM

mak bapak hanya pandai berjimak

teruknya kekeluargaan di malaysia

ohhhh lupa kita di Malaysia xde kementerian wanita dan masyarakat

tak reti jaga anak

tp bila anak  mati di sebabkan kecuaian sendiri boleh pula melalak

berlakon ke ?????
Quote akies 4-11-2022 11:30 PM
Dh jumpai mayat budak ni.
Lemas.
Salam takziah buat keluarganya
Quote faraway1 5-11-2022 12:21 AM
Edited by faraway1 at 4-11-2022 12:34 PM

Kalau rumah dekat dekat kawasan air ni, berenang satu survival skill gitu..
Quote Supersirap 5-11-2022 12:42 AM
Salam takziah buat keluarga, semoga insiden ini dijadikan pengajaran buat semua
Quote naina 5-11-2022 02:16 AM
Mulut berbuih sebab apa? Berbuih dulu atau jatuh dulu. Ke memang ada sakit sawan lepastu kejang terus terjatuh. Btw tak sekolah ke petang lepas jumaat. Darjah 1 kan
Quote azimie 5-11-2022 02:24 AM
sebaya ank bongsuku, lelaki jugak  
Quote I.K.A888990 5-11-2022 02:40 AM
salam takziah
yang ni kut yg lalu kat tiktok ada lelaki dok marah2 si ibu ni.
salam takziah buat keluarga
Quote liyamariska 5-11-2022 05:54 AM
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎
Quote gorjeous 5-11-2022 06:58 AM
Takziah...
Quote fefeeling 5-11-2022 07:30 AM
Edited by fefeeling at 5-11-2022 07:31 AM

Aku pnah monteng skolah dgn adik aku, kitorang gi mandi sungai. Blk umah jln kaki basah lencun, ternampak dek jiran umah.. dia terus call mak aku kt opis.. Mak aku terus blk umah la, aku pun happy Mak blk umah awal.. know know aku kena libas pasal seret adik aku monteng siap pakej mandi sungai hahahaha.. Mak aku mmg pantang anak2 buat benda hazabedah ni.. Kitorang duduk rumah teres kawasan luar KL sket je, tp jiran2 prihatin nau terus report ke Mak aku
Quote rospinki 5-11-2022 07:38 AM
Takziah buat ibunya. Mesti sakit rasanya. Semlm anak tiba2 keluar dh ptg nak pegi playground bwh tu je tk sempat aku menoleh dia naik lif smpi bawah..aiii aku jerit dari atas panggil balik. Geram betul aku nl maghrib gigih nk main lagi
Quote akusukaq 5-11-2022 08:38 AM
.HannahMontana. replied at 4-11-2022 06:58 PM
mak bapak hanya pandai berjimak

teruknya kekeluargaan di malaysia

Tak jadi hal pun, 9 bulan lagi terbit sorang lagi penganti

Quote zie_indah 6-11-2022 08:34 AM
Salam takziah buat semua ahli keluarga
Quote Gomea 6-11-2022 10:19 AM
Ade family aku hantar video kejadian ni. Seumur hidup aku tak pernah lagi mandi kat pantai puteri ni. Kat klebang pon x pernah mandi. Sedara ayah aku ade yg lemas kat pantai puteri ni 40++ tahun yg lepas. Aku rase pantai yg selamat nak mandi kat melaka ni kat pengkalan balak dengan tanjung bidara je kot.
Quote sharfox 6-11-2022 12:33 PM
tumpanglalu74: Budak umor 7 taon disuroh gi solat Jumaat.  Yaasalam...


Habih tu? takkan nak suruh dia gi tgk drag show?
Quote matamata 6-11-2022 12:35 PM
Mulut berbuih maknanya paru2 dah masuk airlah kot
Quote CiliPadiSedap 7-11-2022 08:46 AM
fefeeling replied at 5-11-2022 07:30 AM
Aku pnah monteng skolah dgn adik aku, kitorang gi mandi sungai. Blk umah jln kaki basah lencun, tern ...

ulu yam atau belakang melawati?

belakang melawati tu port pandalela ponteng tak takut air tapi takut lalu atas paip besi air besar betul
Quote KirazMevsimi 7-11-2022 02:29 PM
Ya ALLAH. takziah buat keluarga

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.073709 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top