Kemesraan antara pelakon Idris Khan dan aktres jelita Amelia Henderson didakwa mempunyai hubungan istimewa oleh segelintir pihak.
Ia ekoran Idris yang berkongsi sebuah foto bersama patung rupa Amelia di Instagram Story miliknya berserta kapsyen ‘Saya dan Bae (kesayangan) hingga mencetus persoalan pengikutnya. Dipercayai banyak menerima respons dari pengikutnya menerusi pautan mesej di Instagram, aktor Uda dan Dara ini akhirnya tampil menjawab desas desus mengenai hubungan mereka. “Tidak, bertenang semua. Saya dan @Ameliath hanyalah berkawan baik. Kami tidak bersama,” katanya di Instagram Story. Aktres Kisah Cinta Kita ini turut membalas IGs tersebut dengan emoji seakan mengunci mulut. Sebelum ini, kedua-dua selebriti ini dihadapkan ke mahkamah berhubung kes langgar kontrak pengarah terkenal Datuk A. Aida. Bagaimanapun, isu tersebut telah selesai antara Idris dan A. Aida, namun Amelia mahu meneruskan perbicaraan tersebut yang ditangguhkan kepada 24 November ini. -CARI Sumber: XTRA
|
dudaberhias replied at 4-11-2022 09:53 PM
kawan untuk 3some je kot agittewww kaka nak pitenah... mesti ada sorang lagi jejan... yang pasti pen ...
LadyCarefree replied at 4-11-2022 10:29 PM
Chipsket la minah ni
ADVERTISEMENT