CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bunuh Jiran Guna Anak Panah Buru Babi, Dakwa Terlalu Bising Sebab Gembira Sambut Anak Baru Lahir

4-11-2022 04:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1855| Komen: 8

Rom: Seorang lelaki Itali didakwa dengan pembunuhan berbaur perkauman selepas melepaskan anak panah buatan sendiri terhadap seorang warga Peru yang terlampau gembira dengan kelahiran anaknya.


Javier Alfredo Romero Miranda dibunuh oleh anak panah yang ditembak oleh orang gila pada Selasa, kata Datuk Bandar Genoa Giovanni Toti di Twitter.

Bapa kepada dua anak itu meraikan kelahiran anak keduanya bersama warga Amerika Selatan, menurut agensi berita Ansa.

Bayi itu dilahirkan hanya pada malam sebelumnya iaitu pada Halloween.


Gambar Hiasan


Evaristo Scalco, 63, melepaskan tembakan ke arah lelaki berusia 41 tahun itu dari tingkapnya.

Ia selepas dia bertengkar dengan kumpulan itu mengenai tingkah laku mereka yang membuat bising di jalanan, lapor media.

Saksi berkata, dia didengar menjerit mencaci isu perkauman sebelum mengangkat busurnya.

Anak panah itu yang dikatakan polis adalah jenis yang biasa digunakan untuk aktiviti buru babi dilaporkan mengena hati Romero Miranda.

Rakaman video yang dirampas di tempat kejadian menunjukkan Scalco kemudian cuba membantu warga Peru itu sebelum ambulans tiba.

Bagaimanapun, Romero Miranda disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian di hospital, menurut akhbar tempatan Secolo XIX.

Polis menemui kira-kira 60 anak panah buatan sendiri di rumah Scalco, katanya.

Datuk Bandar Toti menyebutnya sebagai "kematian yang tidak masuk akal" dan berkata, tiada kehidupan malam, bunyi bising atau sebarang situasi lain yang boleh membenarkan reaksi sedemikian. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Itzy 5-11-2022 09:37 AM
Kesiannya, takziah buat keluarga mendiang romero. Semoga ada keadilan terhadap mendiang. Jahat punya orang putih tua gila.
Quote margo20 5-11-2022 03:19 PM
Gituler tak semua suka dgn ape yg kita ade so berpada padalah dlm bergembira
Quote Jebonss 5-11-2022 10:37 PM
Apa masalah dia ni
Quote TOPwind 5-11-2022 10:42 PM
dok dgn jiran bontok kuali pun sama

jakun dpt dok Malaysia.

kes m\cn ni bising2  kat india rumah dah kena bakar
Quote dirtylilsecret 5-11-2022 11:21 PM
Dapat jiran puaka mmg puaka sangat heh
Quote kakikuDibibirmu 5-11-2022 11:55 PM
Akak syak muka jiran tu macam babi dekkk
Quote twinkleboo 6-11-2022 10:42 PM
Gila. Tak bolehh kawal emosi.
Quote I.K.A888990 7-11-2022 02:25 AM
bongok la kau ni
bukan dia sambut berhari2. setakat sekejap je bising dia tahan je la.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.035609 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top